Qur’an and Cricket: Makna Setiap Kelana

Ini merupakan bahagian daripada 1 dalam siri Silverfish Books

Buku ini kerap mencuri tumpuan saya sejak dulu, sosok Farish A. Noor berpakaian ala Pakistan dilatari peta kekuningan. Nama Dr. Farish A. Noor bukanlah asing dalam bidang sejarah dan sains politik, namun tajuk buku ini pada pandangan pertama saya sangat aneh.

Sehinggalah saya membacanya.

Qur'an and Cricket

Qur'an and Cricket: Travels through Madrasahs of Asia and Other Stories
Published by: Silverfish Books
ISBN: 9789833221257
Available in: Ebook Paperback

Ini ialah catatan kembara – travelog – semasa beliau sedang menyiapkan kajian di beberapa negara seperti Tanzania, Pakistan, India, Indonesia dan selatan Thailand. Turut terselit catatan peribadi dalam kunjungannya ke Sri Lanka dan padang pasir Sahara. Qur’an and Cricket bukan sekadar memjejerkan bangunan atau tempat tumpuan pelancong, sebaliknya mendekati denyut nadi masyarakat setempat dengan analisis sejarah ataupun renungannya yang mendalam.

Continue reading

Menikmati Buku-Buku Terjemahan

Ini merupakan bahagian 4 daripada 4 dalam siri How To Read A Book

Pada takah usia ini, saya mula membaca berdasarkan tema-tema tertentu. Antara yang baru saya sedari iaitu (1) tema pendidikan dan universiti serta (2) tema siasah. Sesekali melepaskan lelah daripada tema-tema berat itu – travelog menjadi pilihan – bukan lagi buku sastera/fiksyen seperti satu masa dahulu.

kitab agama terjemahan inggeris

Dari buku terbitan 2005 (Al-Ghazali) hingga buku edisi 1947 (Az-Zarnuji)

Antara buku-buku berkaitan tema pendidikan ialah tulisan Imam Burhanuddin Az-ZarnujiTa’lim al-Muta’allim Tariq at-Ta’allum‘ (Instruction of the Student: The Method of Learning) dan karya Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-GhazaliAyyuhal Walad‘ (Letter to A Disciple). Walaupun kedua-dua teks klasik keilmuan Islam ini dalam bahasa Arab, saya begitu menghormati kesungguhan pengkaji Barat untuk menterjemah bahkan menulis ruangan pendahuluan yang memandu kefahaman pembaca.

Jarang sekali kita temui penerbit tempatan yang berusaha mencari ilmuwan bagi menulis pendahuluan atau prakata yang baik untuk buku-buku terjemahan, khususnya buku-buku agama dalam bahasa Arab yang diterjemah ke bahasa Melayu. Mengambil contoh Tobias Mayer yang menterjemah Ayyuhal Walad, beginilah rincinya pendahuluan yang disusun:

Continue reading

Belajar Memerhati Sang Murabbi

Ini merupakan bahagian 9 daripada 10 dalam siri Dagang Eropah

Ustaz.

Doktor.

Profesor.

nottsberselawat2

Ustaz Don Daniyal dan Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti sewaktu acara Nottingham Berselawat

Merekalah yang selalu kami undang untuk mengisi program-program mahasiswa di United Kingdom ini. Dalam zaman Facebook dan Instagram, ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama tetamu jemputan yang jauh dari tanah air. Beberapa hari lenguh duduk mendengar pengisian, pantas kita mengiktiraf sendiri di kapsyen foto ‘Bersama sang murabbi’.

Siapa pula ‘sang murabbi’ untuk AJK dapur dan teknikal yang lelah di belakang tabir?

Continue reading

Mengisi Buku NILAM 2012

Ini merupakan bahagian 8 daripada 10 dalam siri Dagang Eropah

“Awak dah pinjam banyak , jangan lupa isi buku NILAM,” pesan guru saya sebelumbuku rekod nilam meninggalkan perpustakaan.

Selalu saya balas dengan angguk dan senyum, cepat-cepat saya isi ruangan tajuk, pengarang, penerbit dan bilangan muka surat ke dalam buku rekod NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Untuk hari-hari yang berlalu hinggalah saya dan guru berkenaan meninggalkan sekolah tidak pernah saya mengisi buku rekod NILAM  dengan lengkap. Barang kali salah satu kelemahan daripada banyak kelemahan diri ini, tidak disiplin dalam menulis termasuklah menulis blog.

Itulah kenang dan ingat akan zaman sekolah, saat saya mula bercanda dengan buku dan pustaka.

Berbeza benar dengan adik-adik zaman Facebook kala ini, hinggakan pengumuman hal-hal asrama pun terpaksa dihebahkan di laman sosial. Begitu juga urusan rekod, segalanya hanya perlu mengetik papan kekunci untuk disimpan dalam komputer dan jaringan Internet. Sejak itu, laman GoodReads menjadi buku rekod NILAM saya (bebas mengisinya tanpa paksaan dan aturan yang ruwet :) ).

Continue reading

The Book That Can’t Be Read for 2013

I’m actually intended to write something about #BigBadWolf, but I found an interesting documentary for you ;)

Have you found a book that you unable to read at all? May be you just cannot understand it yet. The understanding can be developed later through many ways, such as having a teacher explaining the content of the book or doing cross-reference with other books.

Continue reading