October 2011

Tentang Intelektual: Mencicip Makna

Intelektual masyarakat membangun
Syed Hussein Alatas
1991
162

Senaskhah buku tulisan Allahyarham Prof. Dr. Syed Hussein Alatas menjadi bahan diskusi. Beliau memilih pendapat Roberto Michels mengenai definisi intelektual, iaitu ‘persons possesing knowledge, or in a narrow sense, those whose judgement, based on reflection and knowledge, derives less directly and exclusively from sensory perception than in case of non-intellectuals’. Dalam kata lain, sosok intelektual ini boleh dikenal pasti daripada ciri-ciri seperti:

  1. Datang dari pelbagai kelas atau golongan dengan bilangan yang berbeza;
  2. Mereka sama ada menyokong atau menentang pelbagai gerakan budaya atau politik;
  3. Pekerjaan mereka secara keseluruhannya pelbagai, seperti penulis, pensyarah, penyair, wartawan dan lain-lain;
  4. Adakalanya mereka menjarakkan diri mereka dari masyarakat dan bergaul dalam kalangan mereka;
  5. Mereka lebih berminat dengan idea, mengenai agama, kehidupan yang lebih baik, seni, budaya, perancangan ekonomi dan nasionalisme sambil melihatnya dari perspektif luas dan jalinan antaranya; dan
  6. Kelompok intelektual hanya sebilangan kecil dari masyarakat.

 Buku Intellectuals in Developing Societies ini membicarakan peranan kelompok intelektual yang berfungsi dalam pembinaan masyarakat yang sedang membangun. Pada hemat beliau, tiada kelompok intelektual yang berfungsi  berbanding negara-negara Asia lain seperti Indonesia dan India disebabkan kemerdekaan kita ‘dikurniakan’ oleh pihak British tanpa perjuangan, hingga kita disentak peristiwa 13 Mei 1969. Justeru, beliau mengutarakan konsep ‘intellectual leadership’.

Read More »Tentang Intelektual: Mencicip Makna