Jarang sekali saya memberi komentar mengenai isu-isu panas pada sesuatu waktu. Mungkin akan saya manfaatkan fungsi Note di laman facebook kami untuk memuatkan pandangan mengenai isu-isu semasa, kecuali seputar dunia buku yang sejak dulu saya coret di sini.
Ramadan-Syawal bukan sahaja bersama keluarga, saya turut meneroka dunia YouTube dengan eksperimen kecil-kecilan. Alhamdulillah siri bedah buku (sebetulnya perkongsian isi penting) 5 video berkenaan bukuĀ Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Secara tuntas, Pendeta Za’ba ialah seorang intelektual awam seperti Prof. Syed Hussein Alatas, menyumbang idea original mereka dan menegur kelompangan yang berlaku dalam masyarakat.