Year: 2014

  • Kebudayaan dalam Ilmu menurut Prof. Shaharir Mohd Zain

    Usai pulang ke Lembah Klang, saya sempat hadir ke satu dua diskusi, salah satunya anjuran Kelas Pencerahan yang menjemput Prof. Shaharir Mohd Zain menghuraikan ucapan balas penerimaan Profesor Emeritusnya (boleh dibaca di RoketKini). Tajuk yang dicadangkan Prof. untuk malam itu berkisar Kebudayaan dalam Ilmu. Seperti kebanyakan penyampai, beliau terlebih dahulu ‘membersihkan’ kefahaman kepada makna kebudayaan yang telah disempitkan kepada aspek keseniaan semata-mata. Tidak sah sekiranya tidak menyentuh tokoh ilmuwan, Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang telah menghuraikan konsep kebudayaan dalam syarahan perdananya yang bertajuk Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Menurutnya, kayu ukur tertinggi kebudayaan boleh dinilai berdasarkan tiga aspek iaitu bahasa, agama dan…

    ·


  • Merumus Negara Nan Mustahil

    Versi awal resensi ini ditulis dalam platform Goodreads, dan berhasil sebagai ulasan kedua terbaik dalam Sayembara Ulasan Goodreads Malaysia Tahun 2014 “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”, kalam Badiuzzaman Said Nursi pasti membingungkan kita. Apakah beliau sudah muak dan letih dengan suasana politik zaman akhir Uthmaniyah? Tersirat ialah satu bayangan mengenai perubahan drastik kerangka kerajaan dan pentadbiran Islam, kepada faham negara bangsa, produk budaya dan sejarah tamadun Barat. Ini yang cuba diusulkan oleh Prof. Wael bin Hallaq dalam Impossible State, menganalisis ke jantung hati projek moderniti ini di samping perbandingan dengan Islamic governance – sengaja tidak memilih perkataan…

    ·

    ,