January 2015

Realiti Jurang Kekayaan di Malaysia

The Colour of Inequality
Muhammed Abdul Khalid
Equality
MPH Group Publishing
2014
249

"This book provides an alternative insight to the debate on inequality in Malaysia, by focusing on the distribution of wealth or assets, rather than income. Despite tremendous increase in national income, the wealth gap in Malaysia is alarmingly high and extremely skewed. For instance, the top 0.2 per cent of depositors in ASB has about 1,133 times more than the bottom 80 per cent of depositors combined. This gap is echoed by the fact that approximately two-thirds of Malaysian workers earn less than RM3,000 per month, and about 90 per cent of Malaysians have nearly zero savings. The current policies are not facilitating improvements in this wealth gap, which could lead to aristocracy where birth, not hard work or talent and effort, matter the most in wealth accumulation. This book explores possible policy interventions that can be undertaken to ensure that economic growth is equitably shared, which is vital for a stable and prosperous society"--Page 4 of cover.

Perbahasan mengenai maju dan mundur status sosioekonomi bangsa Malaysia sudah bermula sejak zaman Pendeta Za’ba, fokusnya terhadap kaum Melayu. Sejak era 1950-an lagi, kesenjangan atau jurang kekayaan antara kaum sudah wujud. Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, isu ini wujud seperti barah yang perlahan-lahan merebak sebelum mencetuskan ketegangan politik dan sosial, diingati dalam rekod kerajaan mengenai peristiwa 13 Mei.

Dalam keghairahan kita untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, pengarang menarik perhatian kita mengenai isu pengagihan kekayaan dalam masyarakat Malaysia. Selain daripada isu ketegangan kaum yang timbul disebabkan jurang kekayaan, ia juga membawa kepada pelbagai kesan lain dalam sistem ekonomi:

  1. Kekayaan menjana kuasa beli yang lebih tinggi, dan ia juga berupaya untuk menjana lebihan dan diwariskan kepada generasi masa depan;
  2. Pemilikan kekayaan adalah salah satu sumber pendapatan;
  3. Pemilik kekayaan mempunyai lebih akses kepada kredit berbanding bukan pemilik; dan
  4. Mereka secara tidak langsung mempunyai kuasa ekonomi dan politik lebih kuat berbanding kelas lain.
Read More »Realiti Jurang Kekayaan di Malaysia

Gajah Melawan Gajah

Raja-raja Melayu
Syed Husin Ali
2014
92

History of Kings and rulers also politics and governance in Malaysia.

Masyarakat Melayu kaya dengan pantang-larang, sesuatu yang dikongsi oleh bangsa-bangsa Asia lain seperti yang wujud dalam masyarakat Cina dan India juga. Pantang-larang ada kalanya boleh difahami tujuannya, tetapi sering terjadi ia diterima tanpa banyak soal oleh masyarakat.

Penerimaan begini mengekang perbincangan dan analisis lanjut sesuatu kebiasaan masyarakat, walaupun ia sangat berguna dari sudut pandangan ilmiah. Justeru para penulis dan penganalisis akan lebih berhati-hati dalam memperkatakannya.

Salah satu yang penting untuk dikaji dan difahami oleh bangsa Malaysia ialah institusi raja; nilai-nilai yang dibawa dan peranan yang dimainkan oleh institusi ini. Baik pemakai kaca mata akademik apatah lagi pemain politik, komentar terhadap institusi ini boleh dianggap ‘kerja membunuh diri’.

Kebanyakan penulis, termasuk Dr. Syed Husin Ali dalam buku Raja-raja Melayu, Kemajuan atau Kemunduran? bermula dengan pendirian tidak mempersoalkan kewujudan institusi ini dalam bangsa Malaysia, mungkin disebabkan ianya diterima sebagai sebahagian perkembangan sejarah tanah air ini.

Read More »Gajah Melawan Gajah