Beberapa Catatan Musim Panas

Ini merupakan bahagian 6 daripada 10 dalam siri Dagang Eropah

Di samping Al-Quran, saya sebenarnya mengejar waktu mengkhatamkan beberapa buku Ramadan kali ini. Mohon maaf kepada pengunjung yang mendapati tiada kemas kini baru, saya menumpukan usaha kepada siri vlog Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Ada beberapa sebab yang mengehadkan fokus saya kepada blog ini:

1)  Saya terlibat dengan beberapa program pre-departure untuk junior yang bakal menjejakkan kaki ke bumi UK-Ireland. Terasa baru semalam saya menjadi peserta, sudah diamanahkan sebagai salah seorang pembikin modul dan fasilitator program.

‘Mahal’ harganya mahu berguru dengan Abang Amin

Program apa? Wonderful Overseas Weekend a.k.a WOW (silakan lihat galeri fotonya di ILuvIslam UK-Eire).

2) Ada juga beberapa pertemuan dengan junior, yang turut melibatkan ibu bapa. Di sini saya menyelami perasaan ibu bapa, dari pelbagai latar belakang. Ada nada risau, namun tenang melihat kehadiran kami menganjurkan program dan berhubung dengan anak-anak mereka. Dalam satu majlis iftar, seorang ibu mengungkapkan satu ayat yang tak dapat saya lupakan:

Sebelum ini, makcik tengok ja hotel ni dari jauh. Baru hari ini dapat merasa masuk, makan kat hotel begini.

Mungkin inilah yang dikatakan orang sebagai ‘rezeki anak-anak’ yang baru saya mengerti.

3) Menyentuh soal bahan bacaan, kali ini saya lebih realistik berbanding tahun lalu. Alhamdulillah sejak mendarat di tanah air ada beberapa buku yang telah dan sedang dibaca:

  • Biblioholisme, Shaharom TM Sulaiman
  • Perempuan Nan Bercinta, Dr. Faisal Tehrani (dan kontroversinya)
  • Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, Pendeta Za’ba yang mencerahkan
  • Anak Apak, Subky Latif (lekat di nubari)
  • Rihlah Ilmiah, Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang santai berisi
  • Rejuvenasi PAS, Dr. Mujahid Yusof Rawa
  • The Courageous State, Richard Murphy
  • Honk If You’re Malaysian, Lydia Teh (ubat ketawa setelah menerjah belantara ekonomi)
  • The Messenger, Dr. Tariq Ramadan mungkin sebagai khatimah Ramadan ini

Yang kurang ialah akiviti karang-mengarang saya. Alahai!

4) Satu pengalaman mahal usai pengajian tahun pertama saya ialah menyusun sebuah antologi cerpen, membabitkan pelajar dari United States, merentas gurun di Timur Tengah hingga ke Jepun. Ini bukan pengalaman manis-manis belaka, apatah lagi dalam pembikinannya anda kehilangan…

Jangan dipinta autograf sang penyelenggara sahaja!

Jemput membeli kombo antologi cerpen, puisi dan sebuah kumpulan puisi terbitan Grup Karyawan Luar Negara di blog ini.

Salam pencari malam Al-Qadr!

Nota sisi: Ada catatan sampingan dari kelana saya di blog yang lain.

Sambungan bahagian berikutnya<< Kembara Oxford:Pulang Mencari CahayaMaka Orang Pun Bertanya >>

5 thoughts on “Beberapa Catatan Musim Panas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>