Sedar atau tidak, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke Ramadan 1432H/2011M. Selain mengejar kesempatan mengerjakan banyak amalan sunat seperti solat Tarawih dan tadarus Al-Quran, masa senggang seperti waktu rehat tengah hari boleh dimanfaatkan untuk membaca buku santai seperti buku motivasi keagamaan dan majalah yang banyak diterbitkan oleh PTS, Al-Hidayah, Galeri Ilmu mahupun Telaga Biru.
Wondering why all these books not related to Ramadan?
Buku Love as a Way of Life dan 5 Minds for the Future baru separuh jalan saya tekuni. Saya telah mengikuti tulisan Gary Chapman menerusi buku 5 Love Languages, manakala baru sahaja mengenali tulisan Howard Gardner yang sinonim dengan teori kepelbagaian kepintaran manusia (multiple intelligences). Terima kasih Ustaz Adib, sedikit sebanyak memberi pencerahan mengenai bidang Sains Alam Sekitar yang bakal saya ceburi.

Novel menjadi selembut bahasa yang menulisnya.
Saya memilih 3 novel terbitan PTS, buah tangan Bahruddin Bekri, Ustaz Azman dan Ustaz Zahiruddin buat pengubat rindu terhadap ranah sastera (Alhamdulillah, adarezeki untuk Ramadan kali ini). Walaupun sudah lama diperam dalam koleksi sejak PBAKL 2011 lalu, sedang mengupayakan diri untuk mengulitnya di balik kesibukan menyelesaikan urusan visa.
Nampaknya persaingan sengit antara bro Zik dan bro Kamil_ace untuk merebut takhta Top Commentator bagi Julai/Syaaban. Saya mengalu-alukan komen anda yang bakal memberi tajaan kepada aktiviti MariKitaMembaca.Org… nantikan 1 Ogos ini!
ader bnyk buku, aper buku menarik yer tahun nih
Terpulang kepada diri masing-masing, minat membaca topik apa
bulan ramadhan ni banyak masa free untuk membaca tapi yg peliknya satu buku pun tak baca lagi sampai sekarang. kena muhasabah diri nampaknya
Jom terjah…Insaflah Wahai Pembaling Mercun
Caranya senang…ambil sebuah buku (seeloknya mengenai topik yang kita minat) baca 1 muka surat. Insya Allah akan bersambung sampai habis
baca bahasa inggeris ni aku lemah.
buku bahasa melayu boleh la.
selamat berpuasa.
Jom terjah…Tiba bulan Ramadhan 1432H
Tak mengapa, asalkan Iqra’
menarik jua buku-buku tu…
seeloknya kita isi masa lapang dengan buat perkara yang baik..
Jom terjah…Komen tertinggi: Julai 2011
+1
hihihii bagusi saya mmg suka membaca buku..skrg tgh membaca buku misteri shalat subuh..:)
Jom terjah…Statistik blog WR bulan Julai 2011
Wah…bagus3x.
Boleh jemput jadi guest blogger lepas ini.
uish.. lama dah tak baca buku ni.. huhu..
Jom terjah…Salam Ramadhan Dari Madammondoq
Bulan ramadan ini, saya pasti menghabsikan bacaan al-Quran. i’Allah. Selain itu, buku-buku yang dibeli pada pesta buku tempoh hari juga ingin dihabiskan. Seronoknya membaca.
Selamat berpuasa kepada tuan blog ini. Semoga berjaya.
Jom terjah…Bulan ke-9 di dalam tahun hijrah
Alhamdulillah… seronok saya mendengar khabar sebegitu
Terima kasih.
hemm..bersedia kot? hehe..
Jom terjah…Comel Serius – Keluarga Angsa-angsa 2.0
Alhamdulillah
aku ada 3 buku yang aku rancang nak habiskan sebelum raya ni,yang baru separuh buku yakjuj dan makjuj bencana sebalik gunung, lagi dua baru pinjam dari akak aku buku murabbi cinta dan usahawan terbilang, teringin benar nak jadi usahawan satu masa nanti
insyaAllah
Jom terjah…[5] Wordless Wednesday – Trick Upload Gambar
Nak jadi usahawan internet ke Kamil? Subscribe dengan Zamri Nayan, macam2 dia boleh ajar. Cara yang lebih free, selalu follow otai2 ni dalam forum macam WangCyber dan CariGold
aku follow CG je setakat ni
Jom terjah…Menjejaki Jutawan Senyap 2
ramadhan bulan al-qur’an.
sedangkan ayat pertama yang turun daripada Al-Qur’an adalah suruhan membaca.
ah, alangkah cantiknya..
Jom terjah…betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
Alangkah cantiknya kita beramal dengan suruhan pertama itu…:)
Terima kasih, tuan kerana sudi membaca tulisan saya. Janganlah pula dibandingkan dengan buku guru saya, Ustaz Azman ya… apapun, menanti buah tangan tuan pula selepas, insya-Allah.
Jom terjah…Teori-Teori Utama Kepemimpinan dalam Pengurusan Konvensional
Jangan Ustaz risau. Kalau buah tangan dalam bentuk novel saya tidak berani memberi jawapan segera. Kalau buah tangan dalam bentuk cerpen nantikan Tunas Cipta Ogos ini