Di luar perancangan, saya rupanya sedang menatap 2 buku seputar dunia buku dan pembacaan. Pertama, buku How To Read A Book yang telah dibedah Syeikh Hamza Yusuf dan kedua Biblioholisme buah tangan tuan Shaharom TM Sulaiman. Buku yang hanya setebal 106 muka surat ini ialah rangkuman 26 tulisannya sebagai kolumnis di pelbagai majalah dan akhbar seperti Massa (sudah Al-Fatihah), KOSMO dan Utusan.
Sejumlah esei ini kemudiannya dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu:
- Buku dan Daya Pikatnya
- Biblioholisme: Mengenal Dunia Pencinta Buku
- Travelog Pencinta Buku
- Sisi Aneh Dunia Buku
Secara peribadi, saya membahagikan buku ini kepada dua, satu bercerita mengenai sosok pencinta buku manakala seterusnya mengenai dunia buku dan perpustakaan. Tuan Shaharom TM Sulaiman yang berpengalaman luas sebagai pustakawan di Perpustakaan Negara Malaysia berjaya merakamkan pencinta buku yang tak didendang, the unsung bibliophile seperti Jaafar Abd. Rahim dan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir. Insan seperti ini, menurut beliau tidaklah berpendidikan tinggi namun kecintaan kepada buku dan ilmu menjadikan mereka terpandang di mata penyelidik bahkan orientalis!
Disebabkan batasan panjang sebuah kolum, sayang saya tidak dapat menikmati sepenuhnya tulisan-tulisannya terutama sekitar dunia buku dan perpustakaan. Berbeza sekali dengan bacaan saya terhadap himpunan esei HAMKA dari kolum di majalah Panji Masyarakat, mungkin sahaja lebih panjang atas kapasiti buya HAMKA selaku editor di majalah berkenaan. Ada satu dua coretannya yang menarik mengenai pandangannya terhadap buku berbentuk memoir dan juga catatan pengalamannya di lautan manuskrip di Iran. Suatu pelajaran buat kita mengenai cumulative spirit, menurut Prof. Syed Hussein Alatas dalam kalangan orang Syiah memelihara tradisi keilmuan mereka zaman-berzaman.
https://twitter.com/OhBuku/status/218877270260072448
Walaupun esei-esei pendek beliau ini ada ketikanya kurang nikmat bagi saya, buku ini begitu baik sebagai hadiah dari seorang bibliophile kepada rakan-rakannya yang baru berjinak dalam dunia membaca. Kami di OhBuku.Com senang sekali dijangkiti biblioholisme dan sentiasa percaya, ‘penyakit’ ini akan menyembuhkan kemunduran dan membina masyarakat yang berbudaya ilmu.

yup mmg sy mls nk baca2..heheh
Yang malas diusahakan
Rajin membaca kan. Kalau aku ni malas skit. Alaaaaaa
Jom terjah…Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar Ghazali
Tak mengapa, asalkan mula membaca hatta artikel pendek dalam surat khabar.
ko ni ada masalah dengan buku nih.. haha..pantang nampak buku..
Jom terjah…Komisen ke 3 dari Pakarzakar.com
Takda masalah pun. Cuma ringkas sangat, tambah pula buku yang dicadangkan tidak pula berjumpa buku tempatan.
Nak lagi panas tunggu saya ulas novel yang khabarnya bakal diharamkan.
As salam Saudara Fakhruddin,
Amat setuju dgn kenyataan terakhir yg budaya membaca insyaAllah mampu menyembuh penyakit kemunduran. InsyaAllah.
Jom terjah…Wordless Wednesday #20 Kolek
Waalaikumussalam, membaca itu hanyalah salah satu wasilahnya.