Ketika kebanyakan blogger Malaysia masih lagi dalam dilema memilih syarikat pengiklanan
terbaik, problogger kita sudah melangkah jauh dengan menghasilkan ebook sendiri antaranya bro Titan dan orang muda yang sudah masyhur dalam arena pemasaran Internet tempatan, Aqif Azizan.
Sebelum itu, mengapa kita mesti menghasilkan ebook sendiri?
#1 Memberi Nilai Tambah Kepada Blog
Kebiasaannya corak penulisan blog ialah untuk memudahkan pembaca menghadam maklumat. Justeru pelbagai halangan timbul untuk membincangkan sesuatu dengan mendalam seperti bilangan perkataan dan gaya bahasa santai perlu digunakan.
Apabila menulis ebook, kita perlu menggunakan gaya bahasa yang lebih teratur serta berupaya menghuraikan sesuatu dengan lebih jelas, berbanding menulis sebuah entri blog. Sesetengah problogger seperti Darren Rowse menggunakan konsep packaging dengan mengumpulkan entri-entri beliau dan diubah suai untuk menghasilkan ebook “31 Days To Build A Better Blog” malahan turut menghasilkan buku bercetak seperti “ProBlogger: Secrets for Blogging Your Way to a Six-Figure Income“.