Category: How to Read a Book?

  • Beberapa Rumusan How To Read A Book

    How to Read a Book Book Cover How to Read a Book
    Mortimer J. Adler, Charles Van Doren,
    Language Arts & Disciplines
    Simon and Schuster
    1972
    426

    Analyzes the art of reading and suggests ways to approach literary works

    Rumusan ini ditulis oleh Yusra Hulaimi, pembicara siri How To Read A Book anjuran PKPIM Gombak.

     

    Siri 1: Mengapa kita membaca?

    Sebelum pergi kepada kaedah-kaedah membaca yang dimahukan, kami terlebih dahulu cuba menjawab persoalan “apakah bentuk kemajuan yang mahu kita capai sehinggakan kita tidak ada cara lain melainkan dengan membaca?” dan “apakah masalah yang kita ingin tangani sehinggakan kita tidak ada cara lain melainkan dengan membaca?”

    Saya kongsikan pendapat saya bahawa sekurang-kurangnya kita ada tiga sebab yang paling mendasar mengapa perlu kepada membaca.

    Pertamanya, kita mempunyai masalah dalam perkara-perkara usul. Ramai orang ingin terus terjun untuk menyelesaikan perkara-perkara furū’ (isu), akan tetapi menggunakan tapak yang selalu berubah-ubah. Kadang kala isu yang sama, tapi justifikasi yang berlainan. Ini selalunya paling jelas terjadi dalam politik. Jadi, untuk mengkejapkan akar pemikiran, seseorang perlu membaca dengan cergas.

    Kedua, kita hidup dalam zaman di mana teknologi mengambil alih banyak aktiviti manusia seperti yang terlihat dalam bidang industri. Sehinggakan, kapasiti berfikir kian diambil alih sedikit demi sedikit oleh teknologi maklumat. Maka, selain mengekalkan kemahiran berfikir, membaca juga mampu menjadi alat saringan untuk menerima maklumat yang perlu dan membuang yang selainnya.

    (more…)

  • Menikmati Karya-Karya Terjemahan

    Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah Book Cover Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah
    Ibn Rushd
    2006
    66

    Pada takah usia ini, saya mula membaca berdasarkan tema-tema tertentu. Antara yang baru saya sedari, iaitu tema pendidikan dan universiti serta tema siasah. Sesekali melepaskan lelah daripada tema-tema berat itu dengan travelog menjadi pilihan, bukan lagi buku sastera/fiksyen seperti satu masa dahulu.

    Antara buku-buku berkaitan tema pendidikan ialah tulisan Imam Burhanuddin Az-Zarnuji Ta’lim al-Muta’allim Tariq at-Ta’allum (Instruction of the Student: The Method of Learning) dan karya Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali Ayyuhal Walad (Letter to A Disciple).

    Walaupun kedua-dua teks klasik keilmuan Islam ini dalam bahasa Arab, saya begitu menghormati kesungguhan pengkaji Barat untuk menterjemah bahkan menulis ruangan pendahuluan yang memandu kefahaman pembaca.

    Secara peribadi, saya jarang menemui penerbit tempatan yang berusaha mencari ilmuwan bagi menulis pendahuluan atau prakata yang baik untuk buku-buku terjemahan, khususnya buku-buku agama dalam bahasa Arab yang diterjemah ke bahasa Melayu.

    (more…)