Category Archives: Live Blogging

Zaaba: Memberi Manfaat Untuk Umat

Ini merupakan bahagian 2 daripada 3 dalam siri Dewan Bahasa dan Pustaka DBP

Jarang sekali saya memberi komentar mengenai isu-isu panas pada sesuatu waktu. Mungkin akan saya manfaatkan fungsi Note di laman facebook kami untuk memuatkan pandangan mengenai isu-isu semasa, kecuali seputar dunia buku yang sejak dulu saya coret di sini.

Ramadan-Syawal bukan sahaja bersama keluarga, saya turut meneroka dunia YouTube dengan eksperimen kecil-kecilan. Alhamdulillah siri bedah buku (sebetulnya perkongsian isi penting) 5 video berkenaan buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Secara tuntas, Pendeta Za’ba ialah seorang intelektual awam seperti Prof. Syed Hussein Alatas, menyumbang idea original mereka dan menegur kelompangan yang berlaku dalam masyarakat.

Continue reading

Beberapa Catatan Musim Panas

Ini merupakan bahagian 6 daripada 10 dalam siri Dagang Eropah

Di samping Al-Quran, saya sebenarnya mengejar waktu mengkhatamkan beberapa buku Ramadan kali ini. Mohon maaf kepada pengunjung yang mendapati tiada kemas kini baru, saya menumpukan usaha kepada siri vlog Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Ada beberapa sebab yang mengehadkan fokus saya kepada blog ini:

1)  Saya terlibat dengan beberapa program pre-departure untuk junior yang bakal menjejakkan kaki ke bumi UK-Ireland. Terasa baru semalam saya menjadi peserta, sudah diamanahkan sebagai salah seorang pembikin modul dan fasilitator program.

‘Mahal’ harganya mahu berguru dengan Abang Amin

Program apa? Wonderful Overseas Weekend a.k.a WOW (silakan lihat galeri fotonya di ILuvIslam UK-Eire).

2) Ada juga beberapa pertemuan dengan junior, yang turut melibatkan ibu bapa. Di sini saya menyelami perasaan ibu bapa, dari pelbagai latar belakang. Ada nada risau, namun tenang melihat kehadiran kami menganjurkan program dan berhubung dengan anak-anak mereka. Dalam satu majlis iftar, seorang ibu mengungkapkan satu ayat yang tak dapat saya lupakan:

Sebelum ini, makcik tengok ja hotel ni dari jauh. Baru hari ini dapat merasa masuk, makan kat hotel begini.

Mungkin inilah yang dikatakan orang sebagai ‘rezeki anak-anak’ yang baru saya mengerti.

Continue reading

Baca @ Ramadan 1433H: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Ini merupakan bahagian 3 daripada 3 dalam siri Dewan Bahasa dan Pustaka DBP

Ramadan ialah bulan iqra’, masa yang sesuai untuk muhasabah dan tazkiyah. Kesedaran tidak wujud secara spontan melainkan dipandu ilmu. Meneruskan tradisi Baca @ Ramadan, kami memilih pendekatan berbeza untuk 1433H ini.

Insya-Allah saya akan mengajak anda bermesra dan memahami pemikiran besar seorang tokoh ilmuwan, Allahyarham Pendeta Za’ba. Generasi kini hanya mengenali namanya namun tidak menyedari sumbangan besar beliau dalam ilmu tatabahasa Melayu. Di samping itu, beliau ialah seorang pemerhati dan pengkritik masyarakat yang tajam. Ini diserlahkan dalam keberanian beliau mengarang buku-buku menyentuh perihal amalan keagamaan masyarakat masa itu, yakni Falsafah Takdir dan Perangai Bergantung Kepada Diri sendiri hingga diharamkan di negeri Perak!


Selamat mendapat manfaat dari usaha kecil saya, inilah siri pertama vlog yang bakal menyelongkar hikmah dari Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.

Lelaki Kacak Di Toko Buku


Apakah lelaki kacak seperti anda buat, sekiranya berada dalam ‘syurga’ bernama toko buku?

Lelaki kacak dari Kanada ini pernah berkongsi tips untuk memanfaatkan rak buku di rumah, bertemankan kamera tercintanya. Bukankah golongan lelaki kacak adalah pencinta gajet juga :)

Memandangkan hashtag #LelakiMatang agak popular di Twitter kebelakangan ini, mungkin saya patut menyertai Cabaran SEO Lelaki Kacak bro Titan juga.

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja olehContengconteng.comMrs.YieAbangensemCikgu Dahlia, Farish Ishak,PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri JohanDirmansyah, 1Malaysianews.netLadfeAmir.comSEO AppsBluedianthus.comHafizmohd.comUmarFaruq.com,1Artikel.comBlog Bukit BesiRadhio.comBlog Perniagaan InternetHadi Hanafee,Jomtonton.netMuaz Lelaki KacakOhcikgu.comBloggerWanita.comCyza Sector,LelakiAcai.com Sabreehussin dot comAbrablog.com dan AhmadFaizal.com.

Entri ini sekadar update kepada pertandingan Top Commentator Syaaban-Ramadan 1432H, bersempena dengan kempen Baca @ Ramadan (antara sebab saya sukar untuk update blog bulan lalu, hehehe). Sekadar berkongsi, setinggi syukur kepada Ilahi pihak  Oh!Buku telah menyumbang sejumlah wang kepada grup MariKitaMembaca.Org atas sokongan anda menerusi komen, Like, +1 dan Retweet yang kami terima.