Pada usia 31 tahun, buya HAMKA telah menghasilkan karya yang mencarik adat. Masakan tidak, beliau seorang alim dalam bidang agama menulis novel cinta (dahulunya roman, kini jiwang).
Secara zahir, tema cinta ialah satu klise dalam karya sastera melainkan penulisnya secara bijaksana mengangkat persoalan lain seperti Shakespeare dan Sasterawan Negara Usman Awang. Mereka mengangkat persoalan perbezaan darjat yang menyekat hubungan cinta antara dua insan. Itulah yang menyebabkan Romeo and Juliet, serta Uda dan Dara terus dikenali sehingga hari ini.
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck juga mengikut jalan cerita yang hampir serupa dengan Uda dan Dara, iaitu cinta yang tidak kesampaian dek perbezaan darjat. Cuma inti kritikan sosial karya ini lebih berbisa, adat-adat lama yang bukan sahaja mengekang kemajuan bahkan menjurus kepada ketidakadilan. Hal ini begitu sinonim dengan beliau yang tergolong dalam kelompok Kaum Muda.

Bab pertama, Anak Orang Terbuang telah menonjolkan mesej utama yang ingin buya HAMKA sampaikan menerusi novel ini. Ia mengisahkan Pendekar Sutan, ayah Zainuddin dan bagaimana beliau boleh terbuang ke Mekasar gara-gara membunuh ayah saudaranya yang…
“Itu jangan disebut,” kata Datuk Mantari Labih. “Itu kuasaku, saya mamak di sini, menghitamkan dan memutihkan kalian semuanya dan menggantung tinggi membuang jauh.”
“Meskipun begitu, hukum zalim tak boleh dilakukan.”
Setelah ibu bapanya tiada dan Zainuddin sudah dewasa, belia meninggalkan tanah Mengkasar dan Mak Basenya balik ke kampung asalnya. Walaupun tidak juga diterima di ranah Minang, namun hatinya telah dipikat gadis yang bernama Hayati. Bermulalah episod-episod cinta bersulam bahasa indah susunan buya. Zainuddin bekerja keras ingin menikahi Hayati secara sah, namun terhalang dek adat yang mengekang.
Dia membawa hatinya yang lara ke Padang Panjang. Begitulah dia diperlakukan oleh orang yang seagama, padahal yang dituntut agama agar bermuamalah dengan baik sesama insan tanpa mengira bangsa dan keturunan. Terasa hampir padamlah cahaya hidupnya, namun muncul seorang Perewa bernama Abang Muluk yang menasihatinya agar memanfaatkan ilmu dan bakatnya, daripada menanggung cinta yang tidak kesampaian.
Setelah beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula dan Zainuddin telah terkenal sebagai seorang pengarang. Adakah mereka masih menaruh hati lagi, atau saling menyimpan dendam?
Assalam,
saya sedang menghadam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni.
semacam ada satu tarikan nak habiskan. Tapi, bertindih dengan assignment. ini pun ada lagi beberapa bab untuk ke penghujung.
kata-kata Buya Hamka dalam novel ni memang mengesankan.
selain tu Ramlee Awang Murshid pun penulis kegemaran saya. ha. memandangkan sekarang tahun 2012, ni, Sunan Musafir buku terbaru beliau.
buatlah review kalau sudah baca nanti. saya dah baca
Waalaikumussalam warahmatullah,
amboi sampai juga cik puan Hafizah ke blog saya ini.
Saya mengikuti juga siri Sunan ini, tetapi maaf ambil masa sedikit untuk mencatat.
kene beli lah mcm ni nmpak gayanya..novel Dibwh Lndungan Kaabah odw nak beli..dah order..2gu nk amek je..hehehe..:P
Selamat menghayati bahasa puitis HAMKA
camana la leh tenggelam ekk..
Peristiwa ini betul-betul berlaku, cuma HAMKA selitkan dalam novel beliau.
Nak tahu lebih lanjut kena tanya saudara kita di seberanglah.
kena bacalah lah jawabnya ..huhu..
Jom terjah…Siapa pencipta penyepit klip kertas
sy teringin nak baca laila n majnun..hehe..tp harganya mahal sungguh..
Novel BI ya? Pertama kali dengar.
salam ukhwah,
pandai sungguh meletakkan tanda tanya dihujung entry tu, memang rasa-rasa mahu mencari buku ini (masih dijualkah)??…
p/s:berjumpa blog ini ketika melayari gentarasa.com
Memang masih dijual di kedai-kedai buku. Terbitan Pustaka Dini, saya beli dengan harga RM16.
Kalau tak letak tanda tanya di hujung entri ini, dah siap sinopsis A-Z mengenai novel ini. Tak saspen
macam best je.. should try ni..
Jom terjah…WORDLESS WEDNESDAY : Budak Hebat Main Snooker
Di Malaysia, kebanyakan buku buya HAMKA diterbitkan oleh Pustaka Dini. Di MPH pun ada jual.
Hamka lebih berminat dalam penulisan selain novel. Novel yang ditulisnya hanya untuk memberitahu bahawa orang agama boleh menulis novel dan novel boleh dijadikan alat untuk berdakwah.
Jom terjah…Ramadhan Dan Bonus Pahala
Benar tuan. Selain novel ini,beliau lebih dikenali menerusi buku-buku agama seperti Tasawuf Moden dan Tafsir Al-Azhar. Jejak langkah beliaulah yang diikuti penulis sastera Islamik masa kini.
menarik. Ni buku baru ye?
Jom terjah…10 Soalan lazim pembeli baru bullion Perak(Silver)
Ini buku lama sebenarnya. Novel HAMKA
aku tak pernah baca lagi, buku ni dengan Uda dan dara, memang tak boleh kalau nak lawan hang kalau bab2 macam ni..haha
Hang pun tak kurang hebat layan novel2 Ramlee Awang Murshid…ok la tu
novel RAM memang tak boleh tinggal dah, ni nak tunggu Fiksyen 302..tak tau bila keluar
Jom terjah…Kontest Tagline Blog Terbaik 2011 oleh @2dayblogger
Suka juga RAm sebab unsur thriller + pandai letak saspen dalam novelnya. Hmm…rasa macam nak tawar guest blogging kepada sesiapa yang berminat.