Saya jarang sekali bercerita perihal dunia penulisan yang saya ceburi. Saya sedar, sudah lama saya tidak menulis mahupun menghantar apa-apa tulisan ke media cetak. Saya tidak segigih rakan-rakan sebengkel satu ketika dahulu, ada antara mereka kini sudah menghasilkan beberapa novel.
Pun begitu orang masih bertanya “Mengapa tidak ambil sastera sahaja?”
Jujur, kecenderungan itu timbul begitu lewat sekali dan hadir dengan cara yang begitu aneh. Sewaktu di menengah atas, saya terpesona dengan asas-asas ilmu balaghah yang dipelajari dalam Bahasa Arab. Pesona itu yang meniupkan keyakinan untuk menggores pena, menghantar karya pertama ke media. Sangat lambat, berbanding rakan-rakan yang sudah berkarya seawal sekolah rendah lagi.
Sejak itu, dunia tulis-menulis saya mengalami masa-masa naik dan turunnya. Salah satu sebabnya ialah untuk kekal konsisten mencoret di blog ini. Ulasan buku memudahkan urusan meninta pengisian di ruang maya, sesuai dengan tema blog seorang ulat buku.
Kelana ke bumi Nottingham masih belum menjanjikan ruang untuk diri ini menulis, ada sahaja taklif yang diamanahkan orang. Justeru banyak masa direbut, dan idea-idea yang berpuput tidak berkembang jauh. Saya masih bersyukur dikurnia peluang membaca buku yang sukar didapati di tanah air, antara karya ilmuwan adik-beradik Al-Attas.
Paradox Faka. buku kena banned tak terdapat di pasaran. tapi faka dah baca buku tu. wow paradox gila #midun
— Haq Mohaidin (@abdhaq) 26 Oktober 2012
Dalam ‘musim dingin’ dunia penulisan saya, ada juga yang sudi menjemput mendeklamasikan sajak. Sebetulnya tidaklah saya mengakui diri ini seorang sasterawan atau penyair, hanyalah si kerdil yang menggemari keindahan bahasa dan sastera Melayu itu sendiri. Sesuai dengan kekerdilan itu, saya lebih senang mendeklamasikan hasil karya teman, ataupun sasterawan berbobot daripada karya saya sendiri.
Dalam majlis sambutan Aidil Adha di sini, saya dipinta lagi. Saya penuhi permintaan itu dengan sajak Tetamu Senja S.N A. Samad Said buat renungan semua.

Best! Baca entri ni pun rasa macam novel =)
Jom terjah…Wordless Wednesday #28 Asal Ada Kecil Pun Pada
saya sendiri pernah menulis buku seolah oleh cerpen penceritaan aka novel tetapi berbentuk pendek dan untuk diri sendiri, siap ada jilid satu, dua, tiga lagi, hehehe, bila imbau kenangan lama rasa kelakar pula. memori indah
Jom terjah…3 Blog Pilihan Terbaik
Wah menarik catatan peribadi itu!
Alangkah molek kalau dapat lahir menjadi novel seperti yang dibuat oleh A. Fuadi
aku nak tulis novel. tapi tak ada masa la..camana tu..
Jom terjah…Kenali blogger kacak bawah tanah – Eizil.com
Hahaha saya pun la ni takda masa nak menulis
Mungkin lepas ini boleh buat sajak mengikut tema semasa. Contohnya, deklamasikan sajak sempena Awal Muharram yang bakal tiba nanti
Jom terjah…Contest 3 Blog Pilihan Terbaik
Pernah terfikir begitu, tapi tak menyempat sampai sekarang