Mas @fuadi1 Merentas Ranah 3 Warna

Buya HAMKA merakamkan dalam pendahuluan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck:

Ramai pemuda yang berkata, “Seakan-akan Tuan menceritakan nasibku sendiri.”

Hal ini turut terjadi kepada saya tika menelusuri kisah Alif pasca kehidupan di Pondok Madani dalam novel Ranah 3 Warna. Sekali lagi novel A. Fuadi seolah-olah dapat berbicara dengan pengalaman dan perasaan saya, menghadapi juzuk kehidupan sebagai belia yang bakal menempuh alam kedewasaan.

Realiti tidak semanis imaginasi orang muda. Alif masih lagi jauh dari impiannya hendak ke Amerika, sedang rakan baiknya Randai lepasan SMA sudah menjadi mahasiswa Institut Teknologi Bandung(ITB). Beliau terpaksa berusaha keras, dan akhirnya berjaya menjadi mahasiswa di Universiti Padjadjaran. Nasib Alif pada tahun-tahun awal pengajiannya bagai jatuh ditimpa tangga, satu demi satu cubaan menguji dirinya.

Satu perkara yang saya sukai mengenai Alif ialah kegemarannya mencabar diri. Sanggup berguru dengan abang Togar secara keras bagi memantapkan skil penulisannya, dan belajar bahasa Perancis yang serba asing buatnya demi impian untuk menjejakkan kaki di bumi Amerika. Semua ini tidak hanya didukung semangat Man Jadda Wajada, bahkan diperkuat dengan mantera Man Shabira Zhafira.

Tuntasnya, segala kemahiran, pengalaman dan ilmu akan jadi sia-sia tanpa penyerahan hati yang bulat kepada Yang Maha Esa. Alif, saya serta anda juga mungkin pernah patah semangat dan berasa lemah di pertengahan jalan juang. Sungguh sabar itu indah, lagi Tuhan Maha Mendengar.

6 thoughts on “Mas @fuadi1 Merentas Ranah 3 Warna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>