Skip to content →

Mengenali How To Read a Book?

Apabila sesuatu buku mahupun artikel menggunakan tajuk how-to, ia bersifat praktikal dan digunakan sebagai panduan. Saya mulanya tertarik apabila Syeikh Hamza Yusuf mengulas buku How To Read A Book di YouTube.

Buku tulisan Mortimer Jerome Adler ini menegaskan bahawa aktiviti membaca ialah satu aktiviti aktif, tidak seperti pandangan kebanyakan orang. Beliau membahagikan aras pembacaan kepada empat tahap :

  1. Elementary reading
  2. Inspectional reading
  3. Analytical reading
  4. Syntopical reading (membaca beberapa buku mengenai satu subjek)

Setiap tahap pembacaan ini mempunyai peringkat dan pra-syarat (prerequisites) untuk mencapai tahap pembacaan tersebut. Misalnya, kita sudah menguasai elementary reading apabila menamatkan sekolah rendah namun belum tentu dapat menguasai analytical atau syntopical reading, kemahiran yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa.

Di samping penegasan beliau mengenai peri penting seorang pembaca untuk menjadi pembaca analitikal (analitical reader), beliau menerangkan cara-cara berkomunikasi dengan pelbagai jenis bahan bacaan antaranya falsafah, kesusasteraan, sains sosial serta sains dan matematik dalam bahagian ketiga buku ini.

Published in How to Read a Book?

Comments

Leave a Reply