Apabila saya mula bermesra dengan tulisan ilmiah dan mendalam seperti Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam (Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud), Intelektual Masyarakat Membangun dan Mitos Peribumi Malas (Prof.Dr. Syed Hussein Alatas), saya mendapati bacaan kali pertama belum pasti dapat memenuhi kehendak intelek dan kepuasan diri seorang pembaca.
Sedikit sebanyak ia menimbulkan keraguan untuk saya mula menjamah idea Prof. Tariq Ramadan dalam karyanya What I Believe. Saya mengerti bahawa lingkungan bacaan saya sudah melampaui bidang pengajian saya hingga masuk ke daerah sastera, sejarah, psikologi, pendidikan dan sosiologi. Saya bisa sahaja lemas dalam 1001 jargon yang ditelan sebagai hafalan, bukan kefahaman yang dibimbing dan terdidik dengan beradab. Akhirnya saya pasrah dengan pernyataan ini…
Boleh sahaja kita membaca apa2 buku sekalipun, cuma mungkin boleh difikirkan semula beberapa persoalan seperti, Apa tajuk karya yang SEPATUTnya saya baca? MENGAPA saya PERLU membacanya? apa MANFAAT yang akan saya perolehi? Apa tujuan MEMBACANYA? Jika persoalan pokok yang merujuk pada diri si pembaca ini dapat dijawab sebaik mungkin dan benar mengikut neraca ikhtiyar, maka amat tiada halangan.
Apabila diperhalusi persoalan-persoalan seperti di atas yang merujuk pada diri si pembaca, berma’na tidak semua karya perlu dibaca jika tiada keperluan dan kepentingannya. Kerana ada karya yang bersifat ‘ringan’ dan ada juga yang bersifat ‘berat’. ringan yang dimaksudkan adalah seperti mudah difahami, tidak perlu berfikir dan merenung panjang. Sebagai contoh adalah karya yang berunsurkan motivasi, novel (tetapi ada yang ‘berat’), buku2 panduan. Berat pula bermaksud memerlukan satu tahap kefahaman minima untuk memahami karya2 sebegini. Ia boleh jadi mudah difahami, tetapi memerlukan renungan dan huraian mendalam (yang boleh dilakukan ke atasnya). Berat juga bermaksud karya2 yang berusaha menyampaikan buah fikiran seseorang individu dalam aspek2 utama kehidupan. Untuk mengetahui karya2 berat ini, disarankan agar bertanya kepada yang lebih ‘alim agar jelas tujuan dan matlamat untuk membacanya.. terpandu perjalanannya… wallahu alam..
Selamat membaca
![]()
Dalam hal ini, saya perlu berhenti menjadi tamak membaca sebanyak-banyaknya semata-mata untuk memastikan blog kecil ini terus hidup di alam maya. Mungkin Ramadan kali ini saya perlu mengurangkan kemas kini di blog (namun tetap akan membalas komen-komen kalian), bermuhasabah sambil mengasah gergaji yang tumpul diguna setahun dahulu…
Saya membaca mengikut mood tidak ada genre khusus. Minat membaca mengenai dunia IT amat mendalam walaupun saya mempunyai latarbelakang pendidikan bukan bidang IT
Jom terjah…Reaksi kekalahan Malaysia vs Singapura
sama la, sejak masuk dunia blogging ni, lagi banyak membaca pasal dunia IT ni
Jom terjah…5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
Saya banyak baca pasal IT dan blogging ini pun dalam blog problogger2 sahaja. Ada juga beli 1-2 buku berkaitan IT.
aku jenis tak kesah. Semua buku aku baca. Mencari sesuatu yang berbeza.
Jom terjah…5 hari dah aku hilang..diculik..
Saya pun sebenarnya lebih kurang begitulah. Tetapi untuk sesetengah buku atau sesetengah topik yang baca sendiri tak pernah belajar, kena juga mengulang baca. Tak nikmat kalau baca tak faham apa2
antara tanda orang bijak ialah dia mampu membezakan perkara yang paling penting di antara perara-perkara penting..
Jom terjah…betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
salam singgah..
nice blog.. penuh informasi.. dah lama sy tak membca.. huh.. kene cari masa ni..
Jom terjah…NUFFNANG Bagi Tiket XPLAY PARTY 2011
Terima kasih sebab sudi singgah. Mungkin Ramadan ini banyak masa boleh diluangkan utk membaca
bulan puasa ini.. mungkin aktiviti blogging agak slow…. mahu banyak beramal (azam)…
Jom terjah…Tip blogging terbaik fasa kedua(tangani komentar blogger/anymous yang cari pasal)
betul tu bro, sekarang ni tengah siap2 kan draft je..simpan dulu, hehe
Jom terjah…[5] Wordless Wednesday – Trick Upload Gambar
Ingatkan nak kurangkan…tapi mungkin update dengan kadar yang sama (cuma mungkin banyak yang schedule awal2).
tengok penulisan ko pun tahu dah boleh pi lagi ni,
insyaallah blogger tolong blogger sentiasa sokong dari belakang
+1
Amin…insya Allah
dah lama tak baca buku ilmiah. kali terakhir baca buku motivasi HM Tuah 2 tahun lepas
Jom terjah…Friendster Bertukar Wajah Lagi
Insya Allah dimudahkan urusan dan diberi masa lapang untuk membaca.
Sekarang ini dah banyak juga buku-buku motivasi diterbitkan oleh penerbitan tempatan.
aku nak kurangkan makin susah, sebab dah tambah lagi satu blog baru, ada betul jugak orang tanya aku kenapa tak amik kos sains komputer.
Jom terjah…Plugin WordPress yang Aku Pakai
Agak berat hati jugalah nak kurangkan. Tapi terpaksa buat untuk sediakan diri masuk U bulan 9 ni.
Hahaha…buat blog tak semestinya kena belajar pasal programming, Google tutorial yg dikehendaki + tanya otai2 suda
betul tu. sy sendiri langsung tak ada pengetahuan HTML, PHP atau CSS masa mula2 buat blog self-hosted tahun 2006 dulu. tapi belajar daripada try n error, lama2 dah terbiasa. cuma HTML5 sekarang ni yg ambik masa sikit nak faham
sekarang pun aku banyak tanya yang otai2..lama2 paham la sikit html semua tu
Jom terjah…Menjejaki Jutawan Senyap 2