Dalam satu kuliah, Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam pernah meluahkan rasa betapa institusi pengajian agama seperti pondok dipandang remeh oleh masyarakat kini. Usahlah kita mengimpikan untuk melahirkan ulama’ terbilang seperti Dr. Yusuf Al-Qaradawi sekiranya kita mengkastakan pelajar cemerlang ke kelas sains manakala yang lain memenuhi bidang sastera, sains sosial bahkan agama.
Walaupun kecewa dengan pelaksanaan dasar pendidikan sebegini, saya temui kebahagiaan dalam novel yang diinspirasikan dari kisah hidup penulisnya. Mengkhayalkan dirinya sebagai Alif di dalam novel, ia bertitik tolak dari harapan ibu yang bertentangan dengan cita-cita si anak. Alif mengimpikan dirinya bakal menjadi jurutera sehebat BJ Habibie, sedangkan ibunya mengharapkan anaknya mengikut jejak langkah Buya HAMKA. Dalam rasa terpaksa, beliau membawa hati ke Pondok Madani.
Di sana beliau bertemu dengan 5 orang sahabatnya yang lain. Menempuhi pelbagai pengalaman yang memberi erti kepada seorang anak remaja lantas mereka menanam mimpi saat awan-gemawan petang berarak di kaki langit. Pondok mereka istimewa. Semuanya bisa berbahasa Arab dan Inggeris hatta mengigau dalam tidur!
Cerita Ikhlas, Kisah Yang Gigih

Mas A Fuadi begitu kreatif melakar kisah hidupnya di pesantren. Kisah yang jarang-jarang didengari masyarakat, malahan beliau begitu bijak meletakkan unsur-unsur humor dalam novel ini. Perhatikan tajuk beberapa bab seperti Maradona Hafal Quran dan Agen 007 yang memancing minat pembaca.
Akan datang…bagaimana Mas Fuadi menulis novel!
Namun, novel ini meletakkan falsafah hidup yang besar berpaksikan kata hikmah Man Jadda Wajada (Barang siapa berusaha, dia akan berhasil). Kegigihan sebegitu tidak akan berhasil jika tidak dimulai dengan keikhlasan, yang ditunjukkan oleh para guru di Pondok Madani atau secara realitinya Pondok Moden Gontor. Alif juga menyaksikan keistimewaan para gurunya, walaupun mereka bergelar Kiyai bertaraf alim ulama’ mereka juga menguasai bidang lain seperti sukan dan juga muzik. Inilah keistimewaan pondok yang sebuah ini dengan kiyai mereka mampu beraksi lincah di padang bola!
Novel ini mengajar kita bahawa siapa dan latar belakang kita bukanlah penentu masa depan, sebaliknya usaha yang kita anyam daripada cita-cita kita yang melangit. Beranilah bermimpi menggapai bintang tertinggi dengan bekerja seikhlas hati kita!
Selamat membaca dan menghayati Hari Ibu.

Semasa berkunjung ke PBAKL saya tercari-cari juga novel ini tetapi agak hampa kerana masih belum di bawa ke sana pada masa itu. Yang ada hanya Ranah 3 Warna. Saya belum pernah membaca karya A.Fuandi tetapi saya percaya ia tentunya karya kreatif dan hebat sebagaimana karya Andrea Hirata dan Tire Liye yang juga sudah dibuat edisi bahasa melayu oleh PTS.
Benar Tuan, banyak lagi novel yang sudah ada di pasaran yang saya cari namun tiada di booth PTS pada PBAKL lalu termasuklah novel tuan.
Keistimewaan A Fuadi seperti Andrea Hirata, berjaya menghidupkan cerita berinspirasi dari kisah benar.
Tuan tak menggunakan diskaun 30% sebagai penulis PTS untuk borong di sana?
Saya menggunakan secukupnya kelebihan diskaun sebagai penulis. Hehe… Selain buku kepunyaan sendiri, banyak juga saya borong buku untuk dijual kembali di Johor. Rambang mata tengok buku-buku. Selain di booth PTS banyak juga buku-buku yang menarik perhatian saya di booth Alam Raya. Insya_Allah sekiranya ada rezeki, tahun hadapan mahu ke KL lagi.
Insya Allah, kalau saya bertandang ke Johor nanti saya cari kedai Tuan
Novel tulisan penulis Indonesia ker? Kalau dari Indonesia biasanya kreatif cara penyampaian idea mereka. Walaupun bahasa lain sikit tapi mostly, novel mereka bagus dalam penyampaian mesej. !!
Jangan risau, boleh beli versi bahasa Melayu Malaysia terbitan PTS
kerajaan kita pun tak sokong sangat sekolah pondok.
dunia sekarang dah maju.orang tahu agama macam tak
boleh nak kerja mengikut dunia sekarang.orang tahu agama
pun boleh kerja mengikut dunia sekarang.
Jom terjah…Tema twenty sudah berbaloi
Itulah istimewanya Pondok Moden Gontor yang penulis pernah belajar di situ. Dibekalkan pelajarnya dengan skil bahasa Arab dan Inggeris, di samping pelbagai kemahiran lain (ada disebut dalam novel ini).
negeri 5 menara… macam pernah macam tak.. tetapi apa yang dapat dikisarkan pasti menarik untuk dibaca
Jom terjah…Pertapaan dalam perniagaan – ada ker
Kita menunggu lulusan pondo kita berkongsi pengalaman mereka
wahh, negeri 5 menara. first time dengar ni..
Jom terjah…Akupun blogger gak
Tuan boleh beli novel ini, terbitan PTS. Temanya seputar pendidikan ala-ala Laskar Pelangi, namun yang menarik menyorot kehidupan seorang pelajar pondok.