Perempuan Nan Bercinta adalah pengakuan Faisal Tehrani, bukan label provokatif yang over-rated baginya. Karya inilah yang mencerminkan sarwa pandangnya terkini.
Pembaca yang baik tidak terburu-buru melabelkan karya ini sekuel kepada Tuhan Manusia sekadar mengekalkan nama watak seperti Dr. Ali Taqi dan keluarganya, Khadijah si isteri, Hussein, Zainab, dan Siti Fatimah anak-anaknya. Seperti Tuhan Manusia, Ali Taqi meneruskan jihad terhadap jalur-jalur pemikiran barat. Liberalisme sebagai tunjang, dan kini feminisme menjadi sasaran. Kebijaksanaan Faisal Tehrani terserlah apabila kelangsungan persoalan dari Tuhan Manusia dijawab dalam novel ini yang menjadi titik utama menjadikan Perempuan Nan Bercinta sebagai sekuel kepada Tuhan Manusia. Selepas Zehra dan meninggalnya Talha, Tengku Idora pula menjadi mad’u (orang yang didakwahkan) beliau.
Maka berlangsunglah bahagian pertama novel ini dengan ‘lembut’ berputar kepada pergulatan watak masing-masing dalam pencarian secara imbas kembali. Tidak mengejutkan, pencarian mereka berjejak kepada Dr. Ali Taqi. Bab 18 inilah bermulanya bahagian kedua novel ini, dan Siti Fatimah Ali Taqi muncul dengan cintanya yang penuh dengan penantian. Dari sini, ‘pertempuran’ menjadi berjela-jela dan lebih dahsyat terserlah dalam temu ramah bersama Dr. Ali Taqi dalam bab 29. Dr. Ali Taqi tidak mampu menahan dirinya, mungkin emosinya terganggu disebabkan tuduhan sebagai agen Iran oleh WikiLeaks hingga terpacul kalimah kasar dan angkuh seperti “Untuk menjawab soalan dangkal saudara…” dan “… saya tidak menulis untuk ditujukan kepada tuan-tuan. Saya mengarang untuk masa hadapan.”
Pada titik ini, Dr. Ali Taqi ialah pseudonim Faisal Tehrani.
Perempuan Nan Bercinta muncul dengan cabaran-cabaran terhadap Ahli Sunnah, Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (m.s 144) dan juga Gagasan Persuratan Baru (m.s 117). Saya juga mahu menanti tulisan non-fiksyen Faisal Tehrani dalam bentuk buku, apatah lagi novel ini telah berani memperkenalkan istilah Persuratan Walayat, menurut beliau bakal menyuburkan medan persuratan Melayu kelak.

Siapa Perempuan Nan Bercinta bagi Faisal Tehrani? (Foto Sinar Harian)
Berkenaan persoalan-persoalan lain telah diulas lanjut oleh rakan saya, Muziru di blognya. Cuma saya berkhilaf dengannya perihal pemaksaan Faisal Tehrani kepada pembacanya. Pada hemat saya dalam era langit terbuka ini novel Faisal Tehrani bukan hanya satu-satunya agen propaganda Syiah. Novel ini sepatutnya membuka ruang kepada masyarakat untuk mendalami sebenar-benarnya Islam, tidak sekadar menyempitkan persoalan agama seputar fiqh dan ibadah semata-mata. Inilah juga yang ditekankan oleh tokoh yang dihormati pengarang dan rakan saya, Pendeta Za’ba nukilkan dalam Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri:
Adapun bagi orang yang tiada mempunyai kelayakan atau alat perkakas yang cukup, iaitu ilmu pengetahuan untuk menjalankan ujian dan timbangan sendiri itu, maka sayugianya janganlah sekali-kali ia berpuas hati sahaja dengan hal keadaannya tiada mempunyai kelayakan itu; jangan sentiasa mengaku dan mengikrarkan dirinya tiada kelayakan sahaja dan tiada harapan akan dapat kelayakan. Kerana jika diperbuatnya demikian nescaya sampai bila pun ia tidak akan mendapat kelayakan itu. Ia hendaklah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh memperdapatkan seberapa banyaknya perkakas-perkakas yang boleh memberi kelayakan itu kepadanya. Ia hendaklah sentiasa mencari dan menuntut segala ilmu-ilmu alat yang jadi perkakas bagi memberi dia kelayakan yang dikehendakkan itu sehingga diperoleh dengan sempurnanya (Za’ba 1982, m.s 35).
Para asatizah juga hendaklah merebut ruang ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Pada hemat saya sebelum langkah mengharamkan diambil, kedua-dua belah pihak pertamanya menulis rencana menyatakan pendirian atau radd (Faisal Tehrani sudah mengorak langkah) dan seterusnya ada dialog yang disiarkan secara langsung di media massa. Barangkali provokasi ini menyedarkan golongan asatizah, agar tidak sentiasa selesa. Masyarakat zaman ini tidak lagi boleh berada dalam kerangka ‘apa hukumnya itu dan ini’ sebaliknya perlu belajar bagaimana kerangka ilmu atau ilmu usul bagi memahami pelbagai khilaf dan juga hukum dan ijtihad yang dikeluarkan ulama silam. Begitulah ghazwatul fikrah yang membadai umat sejak kita kehilangan Baghdad, Andalus, dan khilafah.
Nanti nak belilah Perempuan Nan Bercinta ni..semua buku yg saudara Fakhrudin ulas semua saya dah beli..cuma ada lagi yang xsempat nak baca..:))
Insya Allah moga ada manfaatnya. Perempuan Nan Bercinta ini novel untuk kaum hawa
baru baca tentang Syiah Faisah Tehrani dalam novel Perempuan Nan Bercinta kat sini: http://darulkautsar.net/4501-Membongkar_Tembelang_Syiah_Faisal_Tehrani_Dalam_Karya_%22Perempuan_Nan_Bercinta%22.html
Jom terjah…Cinta Ibarat Kurap
Ya, saya membaca novel ini secara sedar mengenai kecenderungan FT terhadap Syiah.
Kami di Oh!Buku mengimpikan adanya sebuah buku menganalisis unsur-unsur Syiah dalam penulisan FT, hendaknya diterbitkan JAKIM juga.
faizal tehrani, ada org cakap dia syiah…
aku tak pasti.. mohon kajian dari krew ohbuku…
Jom terjah…Media Trip To Lata Berembun, Raub (Part 2)
Saya serahkan bab kaji mengkaji Syiah ini kepada ahlinya. Pembaca yang baik tidak semestinya menerima bulat-bulat apa yang dibacanya. Itulah gunanya timbangan ilmu dan akal seperti yang disebut Pendeta Za’ba.
Saya mengambil beberapa pengajaran dari novel Syiah ini. Antaranya berkenaan sikap kita terhadap ideologi dan isme-isme Barat, tidak cukup hanya dikupas secara superfisial.
Di samping itu, kefahaman kita mengenai ilmu, hikmah dan kebudayaan. Penyempitan makna kebudayaanlah yang menyebabkan kita termakan gejala hedonisme.
3 kali seminggu lagi pening dari novel dia. Novel lagi best, cerpen tu serius tak faham.
tapi betullah masyarakat sekarang, soalan selalunya ” apa hukum ini, apa hukum itu? “, sekadar nak tahu hukum , benda lain tak mau kisah dah.
cth hadis, bila baca satu hadis (cth di internet), terus fahamkan sendiri.. tak berguru dah, syarah hadis pun tak baca. begitu juga dengan feqah.
Faisal barangkali dalam mod ‘pencarian’ sewaktu menulis 3 Kali Seminggu, stylenya sudah mantap dalam novel ini dan cerpen Homosektual.
Oh My Muslimun!
pernah baca sebuah buku Faisal Tehrani tapi tak habis. agak susah nak pupuk diri yang tak biasa baca novel panjang
Jom terjah…Cinta Ibarat Kurap
Oh, boleh mula dengan cerpen dia. Saya pernah ulas kumpulan cerpennya, Tiga Kali Seminggu terbitan Ameenbooks.
karya terbaru dia ker??
Jom terjah…Aku dan Cello aku..
Yup, yang terbaru dan lebih kontroversi. Nantikan fatwa JAKIM!
Penulis yg penuh kontroversi. Kita nantikan fatwa atau pandangan terkini jakim.
Jom terjah…Oh! Ayam Panggang…
Harusnya ulama dan pegawai JAKIM mengambil iktibar dari Allahyarham Buya HAMKA. Berbeza pandangannya dengan Mufti Johor, terhasil 1 BUKU bukan rencana eceran di internet atau akhbar menjawab dan menonjolkan pandangannya. Inilah yang mengkayakan khazanah ilmu umat.
Buku lawan buku, kata Faisal Tehrani.