Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat / Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan / Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri / Sekiranya ialah mengalir, ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.
Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya, nescaya tidak akan dijinakkan / Anak panah, kalau tidak berpisah dengan busurnya, nescaya tidak akan mengena sasaran.
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya / nescaya akan bosanlah manusia, Arab dan ‘Ajam
Emas hitam (di dalam tanah lombong lagi) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan / Dan kayu ‘aud (dibuat minyak wangi/gaharu-sic) sekiranya kekal di tanah, maka samalah seperti kayu biasa.
Jika (kayu ‘aud) itu dikeluarkan, maka hebat dan tinggilah permintaannya / dan jika (emas tanah hitam) itu dikeluarkan, maka hebatlah ia seperti (menjadi) emas.
Kredit terjemahan – Ustaz Irfan


Nais. Terima kasih.