Tag: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
-
Manuklon: Fiksyen Sains dan Politik
Darko Suvin sudah lama mengimpikan sai-fai yang begini. Dia Marxist, daripada prakata buku teorinya mengenai sai-fai, Metamorpheses of Science Fiction, sudah dapat kita telah hasrat ini. Dia mengimpikan sai fai yang bicara perihal realiti masyarakat lewat jargon-jargon seperti cognition, estrangement dan novum yang sulit untuk kita fahami. Sebagai pembaca, saya tak boleh marah-marah, tapi sabar mengikuti huraiannya yang berdikit-dikit mengenai istilah ini. Tetapi membaca Suvin dan novel-novel lama Dr. Rahmat Haroun seumpama takdir. Perkenalan dengan novel Panggil Aku Melaju membuatkan saya cuba mengenali bumbu-bumbu siasah dalam beliau. Ada dua karakter yang melambangkan karier si penulis, keterujaannya dengan teori-teori psikologi (Freud…
·
-
Membaca Dunia Pendeta Za’ba
Versi asal rencana ini telah disiarkan dalam laman sesawang Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) Tidak sahaja ibunya, bapanya pun hairan melihat kelakuan anaknya yang ganjil itu. Pada suatu hari dengan diam-diam ia mengintip kelakuan anaknya. Alangkah kagumnya demi ia melihat pada tiap-tiap pelepah itu penuh dengan ayat-ayat Qur’an bekas tangan anaknya. Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba bukan sahaja ahli bahasa dan persuratan Melayu, bahkan mencatat buah fikirnya dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, agama serta kemajuan sosioekonomi bangsa khususnya kaum Melayu pada ketika itu. Minatnya kepada bidang persuratan berputik sejak kecil lagi, ditambah…
·