Tag: Karya Bestari Karangkraf
-
Apa dicari pada Menalar Makna Diri?
Sebelum menghadiri wacana buku ini Sabtu lalu (27 September 2014), saya menuliskan ‘rasa’ sesudah membaca buku Menalar Makna Diri: Kembara Menjejak Imam Birgivi. Dalam derasnya arus kehidupan, kita perlu sentiasa bertanya pada diri sendiri walaupun keadaan begitu sulit untuk berbuat demikian. Bertanya untuk meluruskan arah, agar menuju kebenaran. Sulit saya ingin merumuskan apa yang cuba disentuh oleh ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam travelog keempatnya ini. Ini bukan sekadar pemerhatian budaya seperti travelog Jordan dan Turki sebelum ini. Terang ustaz sewaktu wacana, ada beberapa perkara berat yang cuba beliau sampaikan secara santai menerusi Menalar Makna Diri, antaranya sisipannya mengenai politik Turki…
·
-
Cerita Cinta Ahmad Ammar, Yang Baik-Baik Antara Kita
Cukuplah kematian sebagai sebaik-baik peringatan. Pada saya, setiap kematian itu ada peringatan dan pengajaran yang boleh diambil. Allah memilih hamba-hamba-Nya tertentu yang menyentuh qalbu kita, antaranya ialah saudara Ahmad Ammar. Dalam komuniti pelajar di United Kingdom pula, masih ada yang mengingati allahyarham Dr. Mas Afzal. Cukuplah kita mengambil semangat daripada insan-insan ini untuk terus beramal, seperti Allah nukilkan dalam penghujung surah Al-Kahfi: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya…
·