Tag Archives: ulat buku

Qur’an and Cricket: Makna Setiap Kelana

Ini merupakan bahagian daripada 1 dalam siri Silverfish Books

Buku ini kerap mencuri tumpuan saya sejak dulu, sosok Farish A. Noor berpakaian ala Pakistan dilatari peta kekuningan. Nama Dr. Farish A. Noor bukanlah asing dalam bidang sejarah dan sains politik, namun tajuk buku ini pada pandangan pertama saya sangat aneh.

Sehinggalah saya membacanya.

Qur'an and Cricket

Qur'an and Cricket: Travels through Madrasahs of Asia and Other Stories
Published by: Silverfish Books
ISBN: 9789833221257
Available in: Ebook Paperback

Ini ialah catatan kembara – travelog – semasa beliau sedang menyiapkan kajian di beberapa negara seperti Tanzania, Pakistan, India, Indonesia dan selatan Thailand. Turut terselit catatan peribadi dalam kunjungannya ke Sri Lanka dan padang pasir Sahara. Qur’an and Cricket bukan sekadar memjejerkan bangunan atau tempat tumpuan pelancong, sebaliknya mendekati denyut nadi masyarakat setempat dengan analisis sejarah ataupun renungannya yang mendalam.

Continue reading

Menikmati Buku-Buku Terjemahan

Ini merupakan bahagian 4 daripada 4 dalam siri How To Read A Book

Pada takah usia ini, saya mula membaca berdasarkan tema-tema tertentu. Antara yang baru saya sedari iaitu (1) tema pendidikan dan universiti serta (2) tema siasah. Sesekali melepaskan lelah daripada tema-tema berat itu – travelog menjadi pilihan – bukan lagi buku sastera/fiksyen seperti satu masa dahulu.

kitab agama terjemahan inggeris

Dari buku terbitan 2005 (Al-Ghazali) hingga buku edisi 1947 (Az-Zarnuji)

Antara buku-buku berkaitan tema pendidikan ialah tulisan Imam Burhanuddin Az-ZarnujiTa’lim al-Muta’allim Tariq at-Ta’allum‘ (Instruction of the Student: The Method of Learning) dan karya Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-GhazaliAyyuhal Walad‘ (Letter to A Disciple). Walaupun kedua-dua teks klasik keilmuan Islam ini dalam bahasa Arab, saya begitu menghormati kesungguhan pengkaji Barat untuk menterjemah bahkan menulis ruangan pendahuluan yang memandu kefahaman pembaca.

Jarang sekali kita temui penerbit tempatan yang berusaha mencari ilmuwan bagi menulis pendahuluan atau prakata yang baik untuk buku-buku terjemahan, khususnya buku-buku agama dalam bahasa Arab yang diterjemah ke bahasa Melayu. Mengambil contoh Tobias Mayer yang menterjemah Ayyuhal Walad, beginilah rincinya pendahuluan yang disusun:

Continue reading

Mengisi Buku NILAM 2012

Ini merupakan bahagian 8 daripada 10 dalam siri Dagang Eropah

“Awak dah pinjam banyak , jangan lupa isi buku NILAM,” pesan guru saya sebelumbuku rekod nilam meninggalkan perpustakaan.

Selalu saya balas dengan angguk dan senyum, cepat-cepat saya isi ruangan tajuk, pengarang, penerbit dan bilangan muka surat ke dalam buku rekod NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Untuk hari-hari yang berlalu hinggalah saya dan guru berkenaan meninggalkan sekolah tidak pernah saya mengisi buku rekod NILAM  dengan lengkap. Barang kali salah satu kelemahan daripada banyak kelemahan diri ini, tidak disiplin dalam menulis termasuklah menulis blog.

Itulah kenang dan ingat akan zaman sekolah, saat saya mula bercanda dengan buku dan pustaka.

Berbeza benar dengan adik-adik zaman Facebook kala ini, hinggakan pengumuman hal-hal asrama pun terpaksa dihebahkan di laman sosial. Begitu juga urusan rekod, segalanya hanya perlu mengetik papan kekunci untuk disimpan dalam komputer dan jaringan Internet. Sejak itu, laman GoodReads menjadi buku rekod NILAM saya (bebas mengisinya tanpa paksaan dan aturan yang ruwet :) ).

Continue reading

4 Soalan Untuk Si Ulat Buku

Ini merupakan bahagian 3 daripada 4 dalam siri How To Read A Book

Berbeza dengan membeli barangan lain, sesebuah buku belum tentu dimiliki sepenuhnya usai urusan jual beli. Sesebuah buku hanya dimiliki oleh seorang pembaca yang analitikal. Sebelum memberi takrif kepada kata ‘analitikal’ harus kita membetulkan kefahaman mengenai apa itu membaca.

Montimer J Adler

Ramai yang menyangka aktiviti membaca sekadar dapat menambah pengetahuan mereka dalam erti kata mengetahui lebih banyak fakta dan maklumat. Padahal menerusi cara yang betul dapat menambahkan kefahaman ilmu. Perbezaan antara membaca untuk menambah pengetahuan (reading for information) dan membaca untuk menambah kefahaman (reading for understanding) dihuraikan M. J. Adler seawal bab pertama How To Read A Book lagi.

Continue reading

Maka Orang Pun Bertanya

Ini merupakan bahagian 7 daripada 10 dalam siri Dagang Eropah

Saya jarang sekali bercerita perihal dunia penulisan yang saya ceburi. Saya sedar, sudah lama saya tidak menulis mahupun menghantar apa-apa tulisan ke media cetak. Saya tidak segigih rakan-rakan sebengkel satu ketika dahulu, ada antara mereka kini sudah menghasilkan beberapa novel.

majlis ilmu dunkirk

Sesudah usrah timbul soalan… (kredit foto @aloppz)

Pun begitu orang masih bertanya “Mengapa tidak ambil sastera sahaja?”

Jujur, kecenderungan itu timbul begitu lewat sekali dan hadir dengan cara yang begitu aneh. Sewaktu di menengah atas, saya terpesona dengan asas-asas ilmu balaghah yang dipelajari dalam Bahasa Arab. Pesona itu yang meniupkan keyakinan untuk menggores pena, menghantar karya pertama ke media. Sangat lambat, berbanding rakan-rakan yang sudah berkarya seawal sekolah rendah lagi.

Continue reading