Tag Archives: Wonderful Overseas Weekend WOW

Beberapa Catatan Musim Panas

Ini merupakan bahagian 6 daripada 10 dalam siri Dagang Eropah

Di samping Al-Quran, saya sebenarnya mengejar waktu mengkhatamkan beberapa buku Ramadan kali ini. Mohon maaf kepada pengunjung yang mendapati tiada kemas kini baru, saya menumpukan usaha kepada siri vlog Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Ada beberapa sebab yang mengehadkan fokus saya kepada blog ini:

1)  Saya terlibat dengan beberapa program pre-departure untuk junior yang bakal menjejakkan kaki ke bumi UK-Ireland. Terasa baru semalam saya menjadi peserta, sudah diamanahkan sebagai salah seorang pembikin modul dan fasilitator program.

‘Mahal’ harganya mahu berguru dengan Abang Amin

Program apa? Wonderful Overseas Weekend a.k.a WOW (silakan lihat galeri fotonya di ILuvIslam UK-Eire).

2) Ada juga beberapa pertemuan dengan junior, yang turut melibatkan ibu bapa. Di sini saya menyelami perasaan ibu bapa, dari pelbagai latar belakang. Ada nada risau, namun tenang melihat kehadiran kami menganjurkan program dan berhubung dengan anak-anak mereka. Dalam satu majlis iftar, seorang ibu mengungkapkan satu ayat yang tak dapat saya lupakan:

Sebelum ini, makcik tengok ja hotel ni dari jauh. Baru hari ini dapat merasa masuk, makan kat hotel begini.

Mungkin inilah yang dikatakan orang sebagai ‘rezeki anak-anak’ yang baru saya mengerti.

Continue reading

Outliers:Malcom Gladwell

(Note: this post does not reflect my personal opinions 100%. I’m merely making a brief review of the contents of the book)

“If you work hard enough, nothing is impossible.” My teacher told me once. On the other hand, when we hear of bright students scoring top marks in exams, my friends would say, “Ah, he/she must be very clever!” Which makes me wonder–what is it that determines a person’s success? Is it bone-breaking, grueling work? Is it innate intelligence and high IQ? Is it the right attitude and the ‘people skills’? Or is it background, affluence and opportunity?

According to Malcom Gladwell‘s ‘Outliers’, success is the combination of these various factors.

In physics, especially in graph sketching, an outlier is a point that does not lay on the best-fit line. (And it’s a frustrating time for us science students!) But Gladwell’s ‘Outlier’ simply means–a person who is very successful in his/her field, more so than the average population.

From hockey players to musicians, Gladwell outlines a factor that is essential to their success–practice. It takes approximately 10,000 hours of practice, (which is about 10 years) to shape a person’s ability to a professional level. A study, dividing students at a music academy into three categories based on talent, showed that the best students were the ones who had accumulated 10,000 hours of practice since age five–increasing their hours per week as they grew older. On the other hand, the poorer students had merely accumulated 4000 hours of practice.

Continue reading

Catatan Si Perantau Dari Maninjau

Ini merupakan bahagian 12 daripada 12 dalam siri PTS

Masihkah anda mengingati Alif lepasan Pondok Madani? Setelah menyiapkan diri dengan pengalaman dan cita-cita tumbuh lewat awan yang berarak di kala senja sedang Sahibul Menara sedang bercanda, rupanya kata-kata akhir Kiai Rais idolanya yang menjadi bekal menempuh pancaroba kehidupan usai pengajian di Pondok Madani.

Anak-anakku…
Akan tiba masanya ketika kamu dihadang badai dalam hidup. Badai itu boleh jadi di luar diri kamu, boleh jadi badai di dalam diri kamu. Hadapilah dengan tabah dan sabar, jangan lari! Badai pasti akan berlalu.

Anak-anakku…
Badai paling dahsyat dalam sejarah manusia adalah badai jiwa, badai rohani, badai hati. Inilah badai dalam perjalanan menemui dirimu yang sejati. Inilah badai yang mampu membongkar dan menghempaskan iman, logik, kepercayaan diri, dan tujuan hidup. Akibat badai ini boleh jadi lebih hebat daripada badai fizikal. Menangilah badai rohani dengan iman dan sabar, kamu akan menjinakkan dunia akhirat.

Anak-anakku…
Apabila badai datang, hadapilah dengan iman dan sabar. Laut yang tenang adalah untuk dinikmati dan disyukuri. Sebaliknya laut yang ribut adalah untuk ditakluki, bukan ditangisi. Bukankah karakter pelaut handalan ditatah oleh badai yang bersilih ganti ketika melintas lautan tidak bertepi?

Nantikan ulasannya selepas saya pulih dari kejutan WOW!