Zaaba: Memberi Manfaat Untuk Umat

Ini merupakan bahagian 2 daripada 3 dalam siri Dewan Bahasa dan Pustaka DBP

Jarang sekali saya memberi komentar mengenai isu-isu panas pada sesuatu waktu. Mungkin akan saya manfaatkan fungsi Note di laman facebook kami untuk memuatkan pandangan mengenai isu-isu semasa, kecuali seputar dunia buku yang sejak dulu saya coret di sini.

Ramadan-Syawal bukan sahaja bersama keluarga, saya turut meneroka dunia YouTube dengan eksperimen kecil-kecilan. Alhamdulillah siri bedah buku (sebetulnya perkongsian isi penting) 5 video berkenaan buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Secara tuntas, Pendeta Za’ba ialah seorang intelektual awam seperti Prof. Syed Hussein Alatas, menyumbang idea original mereka dan menegur kelompangan yang berlaku dalam masyarakat.

Berbekal ilmu alat – bahasa Arab – untuk memahami dalil-dalil serta hujah ulama’ silam beliau banyak membetulkan pandangan masyarakat mengenai Islam. Sesungguhnya beliau telah menunjukkan keluasan dakwah dan keindahan Islam menerusi mata pena. Dalam menyikapi provokasi terhadap Islam, kita juga harus memanfaatkan pelbagai medan dari  unjuk rasa hingga ke medan YouTube dan perfileman yang menjadi senjata Barat abad mutakhir ini.

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Published by: Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
ISBN: 978-983-62-8802-8
Available in: Paperback

ebook OhBuku.Com

Di samping vlog, saya melancarkan semula panduan ringkas untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan medan penulisan di media cetak. Seperti membaca, kerja menulis juga perlu cabaran untuk membaiki dan meningkatkan kualiti tulisan kita. Tidaklah sekadar menjadi jaguh di laman blog sendiri.

Semoga eksperimen memanfaatkan teknologi masani, ada manfaat buat pembaca/ penonton beriring reda Allah.

Sambungan bahagian berikutnya<< Rindu Sebelum Hujan LuruhBaca @ Ramadan 1433H: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri >>

4 thoughts on “Zaaba: Memberi Manfaat Untuk Umat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>