Year: 2012
-
Andai Van Der Wijck Tidak Tenggelam
Pada usia 31 tahun, buya HAMKA telah menghasilkan karya yang mencarik adat. Masakan tidak, beliau seorang alim dalam bidang agama menulis novel cinta atau roman. Secara zahir, tema cinta ialah satu klise dalam karya sastera melainkan penulisnya secara bijaksana mengangkat persoalan lain seperti Shakespeare dan Sasterawan Negara Usman Awang. Mereka mengangkat persoalan perbezaan darjat yang menyekat hubungan cinta antara dua insan. Itulah yang menyebabkan Romeo and Juliet, serta Uda dan Dara terus dikenali sehingga hari ini. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck juga mengikut jalan cerita yang hampir serupa dengan Uda dan Dara, iaitu cinta yang tidak kesampaian dek perbezaan darjat. Cuma inti kritikan sosial karya ini lebih…
·
-
Kontroversi Sebongkah Batu di Kuala Berang
Saya hampir tidak menyangka ia novel karya Faisal Tehrani. Seingat saya, antara novel-novel yang pernah dihasilkannya inilah yang paling nipis. Namun karya pertama beliau bersama penerbit PTS tidak mengecewakan bahkan punya makna tersendiri. (Ulasan ini ditulis sebelum keputusan JAKIM mengharamkan penjualan novel ini) Faisal Tehrani tak jemu-jemu berkhutbah kepada pembaca dengan 1001 fakta dan maklumat buat mengenalkan kita akan sejarah agama dan bangsa. Walaupun berfokus kepada Batu Bersurat Kuala Berang yang mencatatkan tarikh kedatangan Islam ke Alam Melayu ini, kita dihiburkan dengan watak-watak budaya popular seperti Sharifah Ezzati atau Nono dan Seeta Adeeni yang tergila-gilakan hero Malaya Azhan Kaya. Tugasan akhir…
·