Year: 2020
-
Dilema Pembangunan dalam Sains untuk Manusia
Dalam sejarah pembangunan negara, pelbagai idea dan wacana pembangunan telah dirancang dan diterapkan dengan matlamat untuk melonjakkan taraf kehidupan rakyat dan kesejahteraan negara. Sebagai contoh, strategi pembangunan luar bandar menerusi kegiatan pertanian komoditi masih relevan dengan potensi geografi dan demografi beberapa negeri di Malaysia. Beberapa perancangan pembangunan jangka panjang telah dirangka bagi mencapai hasrat tersebut seperti Wawasan 2020 yang digagaskan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Wawasan tersebut meletakkan sembilan cabaran strategik yang perlu ditangani sebelum Malaysia mencapai negara yang maju, salah satunya adalah: mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang…
·
-
Fiqh Siasah: Risalah mengenai Syura
Perbahasan tentang Islam dan politik, walaupun menarik dalam konteks semasa tetapi satu yang telah lama saya tinggalkan buat beberapa ketika. Salah satunya disebabkan banyak penulisan tema berkenaan masih berada pada teoritikal dengan merujuk kepada amalan sewaktu zaman keemasan Islam, yakni zaman Rasulullah S.A.W serta zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidun. Kebanyakan literatur Islam dan politik yang sempat saya tekuni menanggapi syura sebagai satu konsep yang hampir dengan konsep demokrasi yang diamalkan masa kini, sedangkan konsep demokrasi itu sendiri mempunyai sejarah dan perkembangannya yang tersendiri hingga membawa kepada pelbagai kaedah demokrasi yang diamalkan pada kebanyakan negara bangsa moden kini. Demokrasi boleh difahami sebagai…
·