Author: Muhammad Fakhruddin

  • Iakah Malapetaka Iklim?

    Hishamuddin Rais memulakan buku Malapetaka Iklim ini dengan pertanyaan, Ke Mana Hilangnya Katak Hijau? Katak hijau di Jelebu yang memberi tanda bagi kaki pancing, di mana lubuk yang dihuni ikan. Peningkatan suhu bumi secara tidak langsung memberi kesan kepada habitat haiwan dan tumbuhan kita. Bukankah iklim dan cuaca memang sentiasa berubah-ubah sejak azali? Benar dan…

  • Buku dan Debu Kehidupan Kota Kaherah

    Salah satu ‘fenomena’ sewaktu zaman persekolahan saya adalah fenomena novel/filem Ayat-Ayat Cinta, seterusnya Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El Shirazy atau Kang Abik. Hangat dibahaskan dalam kalangan penggiat sastera sebagai fenomena novel cinta Islamik. Dari sudut pandang lain, fenomena yang ‘dicipta’ daripada karya-karya Kang Abik ini sebenarnya memaparkan sisi kehidupan siswa siswi al-Azhar di Mesir.…

  • Beberapa Ingatan daripada Penat

    Menjadi dewasa ada kalanya menjadikan kita terlupa cara untuk bahagia (Penat, muka surat 24) Sejak 2020 hingga kini, dunia masih lagi sedang menyembuh daripada pandemik COVID-19. Banyak cabaran yang kita tempuhi dalam tempoh itu, hinggakan kita berasa tiga tahun tersebut umpama episod kehidupan yang ‘hilang’ daripada kita. Tidak lupa juga kepada saudara-mara dan sahabat handai…

  • Merenung Seni Berfikir yang Hilang #SBYH

    Sebagai ‘pengikut’ tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di blog mahupun karya-karyanya yang terdahulu, topik-topik yang disentuh dalam buku Seni Berfikir yang Hilang pada tahun 2020 bukanlah sesuatu yang terlalu asing buat saya secara peribadi. Adakalanya seolah-olah mengimbau beberapa kuliah beliau yang sempat diikuti, terutamanya di Khalifah Model School Ampang. Apa yang cuba disampaikan oleh penulis…

  • Dilema Pembangunan dalam Sains untuk Manusia

    Dalam sejarah pembangunan negara, pelbagai idea dan wacana pembangunan telah dirancang dan diterapkan dengan matlamat untuk melonjakkan taraf kehidupan rakyat dan kesejahteraan negara. Sebagai contoh, strategi pembangunan luar bandar menerusi kegiatan pertanian komoditi masih relevan dengan potensi geografi dan demografi beberapa negeri di Malaysia. Beberapa perancangan pembangunan jangka panjang telah dirangka bagi mencapai hasrat tersebut…

  • Fiqh Siasah: Risalah mengenai Syura

    Perbahasan tentang Islam dan politik, walaupun menarik dalam konteks semasa tetapi satu yang telah lama saya tinggalkan buat beberapa ketika. Salah satunya disebabkan banyak penulisan tema berkenaan masih berada pada teoritikal dengan merujuk kepada amalan sewaktu zaman keemasan Islam, yakni zaman Rasulullah S.A.W serta zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidun. Kebanyakan literatur Islam dan politik yang sempat…