Category: How to Read a Book?
-
Beberapa Rumusan How To Read A Book
Rumusan ini ditulis oleh Yusra Hulaimi, pembicara siri How To Read A Book anjuran PKPIM Gombak. Siri 1: Mengapa kita membaca? Sebelum pergi kepada kaedah-kaedah membaca yang dimahukan, kami terlebih dahulu cuba menjawab persoalan “apakah bentuk kemajuan yang mahu kita capai sehinggakan kita tidak ada cara lain melainkan dengan membaca?” dan “apakah masalah yang kita ingin tangani sehinggakan kita tidak ada cara lain melainkan dengan membaca?” Saya kongsikan pendapat saya bahawa sekurang-kurangnya kita ada tiga sebab yang paling mendasar mengapa perlu kepada membaca. Pertamanya, kita mempunyai masalah dalam perkara-perkara usul. Ramai orang ingin terus terjun untuk menyelesaikan perkara-perkara furū’…
-
Menikmati Karya-Karya Terjemahan
Pada takah usia ini, saya mula membaca berdasarkan tema-tema tertentu. Antara yang baru saya sedari, iaitu tema pendidikan dan universiti serta tema siasah. Sesekali melepaskan lelah daripada tema-tema berat itu dengan travelog menjadi pilihan, bukan lagi buku sastera/fiksyen seperti satu masa dahulu. Antara buku-buku berkaitan tema pendidikan ialah tulisan Imam Burhanuddin Az-Zarnuji Ta’lim al-Muta’allim Tariq at-Ta’allum (Instruction of the Student: The Method of Learning) dan karya Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali Ayyuhal Walad (Letter to A Disciple). Walaupun kedua-dua teks klasik keilmuan Islam ini dalam bahasa Arab, saya begitu menghormati kesungguhan pengkaji Barat untuk menterjemah bahkan menulis ruangan…