• #GandingBacaGoodreadsMy: Yang Nakal-Nakal

    Gara-gara aktiviti Ganding Baca grup Goodreads Malaysia (GRMY) untuk bulan Julai 2013, saya terjebak membaca buku terbitan syarikat Buku Fixi yang dikenali menerusi genre pulp fiction. 17 cerpen dan lapan puisi disusun dalam kumpulan karya Yang Nakal-Nakal. Kebanyakan cerpen ini ditulis sekitar dekad 50-an dan 60-an (ada yang seawal tahun 1949) manakala puisi pula diambil sekitar tahun 70-an dan 80-an. Menurut Hafiz Hamzah, penyunting buku ini dalam prakatanya: Tidak ada hal-hal patriotisme seperti yang sedia dimaklumi di sini. Perkara itu sangat cliche ketika membicarakan sosoknya. Tetapi, yang ada untuk ditemukan adalah satu sisi lain; nuansa sensual yang dikait ke dalam…

    ·


  • Why I Write: Membaca Orwell Di Kala Pilihan Raya

    Tidak sukar mencari tulisan George Orwell, nama pena Eric Arthur Blair. Namun saya tidak upaya menahan ‘godaan’ untuk memiliki beberapa buku dari koleksi Penguin Great Ideas, antara kumpulan esei beliau Why I Write dan Books vs. Cigarettes. Semacam ironi apabila kulit muka buku ini meletakkan cuplikan esei terakhir dalam kumpulan ini Politics and the English Language. Hal ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa inti esei yang dimuatkan dalam buku senipis 120 halaman ini  menyentuh hal politik terutamanya empayar Inggeris sekitar Perang Dunia Kedua. Terdapat empat esei disusun kemas dalam kumpulan ini, iaitu: 1.   Why I Write 2.   The Lion and…

    ·