Quran and Cricket: Makna Setiap Kelana

Qur'an and Cricket Book Cover Qur'an and Cricket
Farish Ahmad Noor
Asia
Silverfishbooks
2009
288

Author visits and interviews students and others in "jihad factory" madrasahs (Islamic seminaries). Includes travels in Afghanistan, Egypt, India, Libya, Malaysia, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, and Vietnam.

Buku ini kerap mencuri tumpuan saya sejak dulu, sosok Farish Noor berpakaian ala Pakistan dilatari peta kekuningan. Nama Dr. Farish Noor bukanlah asing dalam bidang sejarah dan sains politik, namun tajuk buku ini pada pandangan pertama saya sangat aneh. Sehinggalah saya membacanya.

Quran and Cricket ialah catatan kembara – travelog – semasa beliau sedang menyiapkan kajian di beberapa negara seperti Tanzania, Pakistan, India, Indonesia dan selatan Thailand. Turut terselit catatan peribadi dalam kunjungannya ke Sri Lanka dan padang pasir Sahara.

Quran and Cricket bukan sekadar memjejerkan bangunan atau tempat tumpuan pelancong, sebaliknya mendekati denyut nadi masyarakat setempat dengan analisis sejarah ataupun renungannya yang mendalam. Teras catatan kembara beliau seputar kajiannya mengenai hubungan madrasah di Asia Selatan dengan Nusantara, sekitar 2003 sewaktu Amerika giat memalu gendang ‘war on terrorism’ pasca peristiwa 11 September.

Madrasah dicop sarang atau markas latihan para pengganas, dan beliau masih berani memasuki madrasah-madrasah ini antaranya Darul Uloom di Deoband. Perlu juga disebut beliau berpeluang menemu ramah tokoh yang dikehendaki Amerika dari negara serumpun, Ustaz Abu Bakar Bashir.

Persinggahan di madrasah menyingkap cerita-cerita di luar persepsi kita mengenai pelajar madrasah yang sekadar dibayangkan berjubah, berserban, seharian berteleku menghafaz Al-Quran.

Di Syed Maudoodi International Islamic Education Institute kelolaan Parti Jamaat-e-Islami sukan merupakan aktiviti wajib bagi setiap penuntutnya, salah satunya adalah sukan kriket. Sesuatu yang mungkin kedengaran aneh bagi pengunjung luar, khususnya dari Barat yang dimomokkan dengan semboyan ‘war on terrorism’. Seaneh tajuk Quran and Cricket.

Satu kebiasaan bagi Dr. Farish, mengembara bertemankan buku catatan. Adakalanya seperti pengembaraannya ke Sri Lanka – mencari makna diri – dibawa bersama buku, History of Indian Philosophy. Banyak catatan beliau berunsur peribadi meliputi beberapa bab, antaranya ‘Cold Turkey in Kandy’, ‘Silence’ dan monolog ‘Kipling’s Cat’.

Dalam banyak kelana beliau bertemu dengan pelbagai ragam manusia dari anak pesantren peminat Milan hinggalah pemandu pelancong gurun Sahara yang berkata “Keep silent and you will hear the desert talking to you. The desert will tell you what to do.”

Catatan ini tidak akan lengkap tanpa bab ‘Another Country, Another Election’ yang ditulis sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 lima tahun lalu. Pemerhatian beliau tersimpul dalam satu rangkap:

My eyes look forward, but my mind turns back to the events the night before, when a thousand Islamists cheered the victory of their secular-leftist comrades. That frontier may have been breached finally, I think. This is a new country. May it live and prosper.

Muhammad Fakhruddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.