Tag: autobiografi

  • I, Khoo Kay Kim : Perjalanan Sejarawan

    Sejarah sebagai salah satu cabang sains sosial dan kemanusiaan, masih berdiri sebagai disiplin yang mempunyai kaedah pembuktian dan bersandarkan fakta. Sebaliknya, sebagai sejarawan yang dirakam atau merakam kenang-kenangan hidupnya, tidak dapat lari daripada paparan kecenderungan dan pandangan peribadi yang masih belum teruji secara ilmi. Memories comes in impressions, history in facts. Prof. Khoo Kay Kim sendiri mengakui bahawa beliau membayangkan autobiografinya I, KKK ini disajikan dalam bentuk pelbagai gambar dan potret tempat-tempat beliau membesar dan mendewasa seperti rumah nenek yang menjadi tempat lahirnya di Kampar, Perak. Beliau memulakan autobiografi ini dengan pengkisahan susur galur keluarganya yang merupakan keluarga keturunan Peranakan-Hokkien,…

    ·


  • Menjadi Seorang Lagi Melayu di Kota Inggeris

    Sekarang menjadi Melayu di kota Inggeris bukanlah sesuatu yang aneh. Sudah disurahkan sejarah, ‘anak-anak terpilih’ akan dihantar ke bumi Inggeris untuk belajar dari bumi penjajah ini. Cuma dahulu anak-anak ini dari golongan bangsawan, kini yang ditaja kerajaan mahupun tabungan sendiri. Tetapi mengapa Melayu, bukan sebagai Muslim atau orang Malaysia? Persoalan itu sudah tentu lebih diketahui oleh Dr. Muhaimin Sulam, mengapa beliau memakai tajuk Aku Melayu di Kota Inggeris sebagai tajuk blog, seterusnya travelog ini. Mungkin padang ragut yang luas terbentang di Wales mengingatkan beliau (dan saya juga!) akan bendang di kampung halaman.

    ·