Tag: Baca Merdeka
-
#BacaMerdeka: Batu Bersurat Terengganu Menurut Prof Ahmat Adam
Prof Ahmat Adam mungkin dikenang oleh khalayak peminat sejarah dan sejarawan untuk dua perkara. Pertama, pandangan beliau mengenai Hang Tu-Ha dan seterusnya perbezaan pandangan beliau mengenai tarikh dalam Batu Bersurat Terengganu dengan pandangan Prof. Syed Naquib Al-Attas. Kebetulan ketika polemik-polemik ini mulai tumbuh sewaktu beliau menjadi Karyawan Tamu Jabatan Sejarah UM, saya mengikuti pembentangan beliau seputar polemik tersebut dan perbahasan akademik yang ditimbulkan oleh rakan sejawat beliau. Walaupun demikian, tulisan ini tidak menolak wujudnya bukti-bukti kedatangan awal Islam di Asia Tenggara lebih awal daripada zaman Melaka. Selain daripada batu bersurat ini, turut dinyatakan bukti-bukti lain seperti kubur di Campa (431H/1039M),…
·
-
#BacaMerdeka: Merdeka dengan Darah dalam Api
Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api yang diterbitkan sekitar 2004 pernah saya sikapi dengan hati-hati. Pertama, dek tebal dan harganya tak lupa juga pada penglibatan beliau dalam gerakan kiri. Empat Buku Dalam Satu Memoir ini mengumpulkan tiga biografi beliau, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan juga Tujuh Tahun Malam Memanjang. Tidak lengkap memoir ini tanpa disertakan manifesto perjuangan beliau yang terkenal, iaitu Testament Politik A.P.I: Merdeka dengan Darah yang terbit sekitar tahun 1946, yang menjadi asbab penahanan beliau kali kedua dan pengharaman gerakan kiri seperti PKMM dan API. Memoir ini menyusun kembali biografi beliau mengikut…
·