Tag: ITBM

  • John Adair Menyingkap Kepimpinan Rasulullah

    Tidak sedikit yang menulis dan meneliti pelbagai aspek kehidupan baginda Rasulullah, Muhammad S.A.W. Antara karya yang dikenali mengungkap tentang keperibadian baginda adalah karya Michael H. Hart yang meletakkan Rasulullah S.A.W sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah kemanusiaan. John Adair mungkin agak jarang dikenali berbanding sifu dan guru kepimpinan (leadership) barat yang lain. Beliau memperkenalkan model kepimpinan yang mudah namun amat berkesan, iaitu Action-Centered Leadership. Secara ringkasnya, model ini menekankan fungsi pemimpin untuk memastikan (1) sesebuah kumpulan itu berupaya menyelesaikan tugasan; (2) mengekalkan semangat kekitaan dalam sebuah kumpulan; dan (3) menguruskan keperluan individu dalam kumpulan tersebut seperti rumusan gambar rajah…

    ·


  • Biblioholisme, Sakit Yang Bukan Penyakit

    Di luar perancangan, saya rupanya sedang menatap dua buah buku seputar dunia buku dan pembacaan. Pertama, buku How To Read A Book dan kedua Biblioholisme buah tangan tuan Shaharom TM Sulaiman. Buku yang hanya setebal 106 muka surat ini merupakan rangkuman 26 tulisannya sebagai kolumnis di pelbagai majalah dan akhbar seperti Massa, KOSMO dan Utusan. Sejumlah esei ini kemudiannya dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Buku dan Daya Pikatnya; Biblioholisme: Mengenal Dunia Pencinta Buku; Travelog Pencinta Buku; serta Sisi Aneh Dunia Buku. Secara peribadi, saya membahagikan buku ini kepada dua, satu bercerita mengenai sosok pencinta buku manakala seterusnya mengenai dunia buku…

    ·