Tag: kumpulan puisi

  • Ulasan Tertangguh Sajak-Sajak Terlarang

    Eka Kurniawan, ketika ditanya oleh penyair sedang naik di seberang, Aan Mansyur, mengenai catatan jurnalnya sederhana menjawab: aku lebih ingin membesarkan diriku sebagai pembaca daripada penulis. Menjadi pembaca bagi mas Eka ialah satu eskapisme dan perkenalan. Mengenali dunia yang baharu kita masuki, kemudian masuk ke dunia asing yang lagi satu. Menjadi pembaca itu sendiri pun belum tentu menjadi satu hal yang menghiburkan, bergantung pada bahan yang kita baca dan apa yang dihasratkan oleh kita. Saya sendiri bukanlah pembaca sajak yang baik, jauh sekali untuk menukang satu sajak yang memuaskan. Malahan sering saja saya kecewa pada bacaan kali pertama.

    ·


  • Dalam Terang, Sebuah Puisi

    Seingat saya, saya tertarik dengan satu video yang menampilkan puisi Pelbagai Cahaya dalam kumpulan puisi ini. Menurut Prof. Wan Mohd Nor dalam prakatanya, Dalam Terang yang ditukangnya sebagai sebuah puisi panjang, dijuzukkan kepada beberapa bahagian, boleh juga dikatakan anekdot dalam puisi panjang ini. Adakalanya saya membaca karya sastera dengan tujuan lari dari hiruk-pikuk semasa. Tetapi kumpulan puisi Dalam Terang mengajak pembacanya memikirkan serius dilema dan polemik yang dihadapi sebagai seorang insan pada masa kini. Daripada suami dan isteri, hinggalah ilmuan dan menteri disinggung dengan misalan tersendiri. Kebanyakannya hadir dalam bentuk perlambangan dengan haiwan tertentu, atau keadaan tertentu. Perlambangan yang konsisten…

    ·