Tag: Pendeta Za'ba

  • Jejak-Jejak di Pantai Zaman: Visi Kemasyarakatan Pendeta Za’ba

    Jejak-jejak di Pantai Zaman Book Cover Jejak-jejak di Pantai Zaman
    Ungku A. Aziz
    UM Press
    2008

    Fenomena kemiskinan khususnya dalam kalangan orang Melayu sering diperkatakan ramai orang, namun sedikit yang cuba meneliti isu ini dengan lebih mendalam dan menawarkan penyelesaian yang tuntas. Betapa seriusnya isu kemiskinan ini sehingga agenda membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum menjadi salah satu strategi utama dalam Dasar Ekonomi Baru yang menjadi dasar kerajaan sejak tahun 1970.

    Kepentingan membicarakan perihal kemiskinan orang Melayu ini telah disedari oleh seorang guru dalam lingkungan akhir 20-an. Guru tersebut mula menghantar rencana ke akhbar The Malay Mail bertajuk The Poverty of the Malays yang disiarkan pada Disember 1923, diikuti dengan siri respon, balasan dan akhirnya rencana kesimpulan, iaitu The Salvation of the Malays daripada guru tersebut.

    Beberapa tahun kemudian, beliau menyiarkan semula rencana tersebut dalam bahasa Melayu dengan tajuk Kemiskinan Orang Melayu dan Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu dalam akhbar Al-Ikhwan. Guru tersebut ialah Pendeta Za’ba, yang lebih dikenali dalam lapangan bahasa dan persuratan Melayu. Buku Jejak-Jejak di Pantai Zaman karya Prof. Diraja Ungku A. Aziz cuba mengetengahkan idea Pendeta Za’ba mengenai isu kemasyarakatan yang tidak dipedulikan sewaktu hayatnya.

    Permata yang Terpendam

    Pendeta Za’ba sedari muda merupakan pengarang yang kritikal dan mempunyai pandangan yang tajam. Penulisan awal beliau baik dalam akhbar berbahasa Melayu mahupun berbahasa Inggeris sangat kritikal terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran British ketika itu, terutamanya berkaitan dengan dasar pelajaran.

    (more…)
  • Membaca Dunia Pendeta Za’ba

    Membaca Dunia Pendeta Za’ba

    Pendeta Za'ba Dalam Kenangan
    Abdullah Hussain
    Dewan Bahasa dan Pustaka
    2000
    352

    Versi asal rencana ini telah disiarkan dalam laman sesawang Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM)

    Tidak sahaja ibunya, bapanya pun hairan melihat kelakuan anaknya yang ganjil itu. Pada suatu hari dengan diam-diam ia mengintip kelakuan anaknya. Alangkah kagumnya demi ia melihat pada tiap-tiap pelepah itu penuh dengan ayat-ayat Qur’an bekas tangan anaknya.

    Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba bukan sahaja ahli bahasa dan persuratan Melayu, bahkan mencatat buah fikirnya dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, agama serta kemajuan sosioekonomi bangsa khususnya kaum Melayu pada ketika itu.

    Minatnya kepada bidang persuratan berputik sejak kecil lagi, ditambah galakan dan tunjuk ajar oleh bapa dan saudaranya sendiri. Berdasarkan temu bual bersama penyusun biografinya Pendeta Za’ba dalam Kenangan, beliau mengakui kurang meminati penulisan cerita yang menjadi medan penulis-penulis kreatif.  

    Sejak mengenal huruf-huruf jawi dan rumi, bertambah pula minat beliau membaca kitab dan buku berbahasa Melayu kepunyaan ayahnya, sebelum mampu membeli buku sendiri. Betapa sayangnya pendeta dengan buku-buku miliknya, sanggup diatur untuk dibawa berpindah dari Singapura ketika perang melawan Jepun semakin marak.

    Membaca Dunia, Membaca Kata

    Paulo Freire, seorang lagi tokoh pendidikan dari Brazil menegaskan peri penting aksi membaca dunia (reading the world) berhubung kait dengan aksi membaca kata (reading the word). Justeru masyarakat kampung yang berpendidikan agama, daun pisang yang menjadi lembaran Za’ba kecil belajar menulis, serta halangan bapa dan herdikan guru agama terhadapnya yang  bersekolah Inggeris membentuk pandangan seorang Za’ba pada masa muda.

    (more…)