Tag: Penerbit UKM

  • Seminar Tan Sri Asri Muda: Menjernihkan Pelbagai Sisi

    Membicarakan seseorang tokoh adalah sesuatu yang sukar, terutamanya tokoh berkenaan masih lagi hidup. Rupanya membicarakan allahyarham Tan Sri Asri Muda juga ada kesukaran tersendiri, untuk mengesahkan atau menidakkan persepsi pelbagai pihak terhadap allahyarham. Sabtu lalu (31/1/2015) Akademi Politik Budiman menganjurkan seminar bukan sekadar untuk mengenangnya, tetapi untuk mendalami strategi-strategi politik, penulisan mahupun peribadi beliau. Tiga pembentang pada seminar berkenaan ialah Dr. Kamarul Zaman Yusoff, Puan Ratna Inzah Mohd Asri (salah seorang anaknya) dan Dr. Mustafa Ahmad. Sekurang-kurangnya kita mendapat manfaat daripada kaca mata akademik, anak negeri (Dr. Kamarul dan Dr. Mustafa asal Kelantan) dan keluarganya sendiri. Penulis, sebelum ahli politik Walaupun tidak…

    ·

    ,

  • #BacaMerdeka: Merdeka dengan Darah dalam Api

    Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api yang diterbitkan sekitar 2004 pernah saya sikapi dengan hati-hati. Pertama, dek tebal dan harganya tak lupa juga pada penglibatan beliau dalam gerakan kiri. Empat Buku Dalam Satu Memoir ini mengumpulkan tiga biografi beliau, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan juga Tujuh Tahun Malam Memanjang. Tidak lengkap memoir ini tanpa disertakan manifesto perjuangan beliau yang terkenal, iaitu Testament Politik A.P.I: Merdeka dengan Darah yang terbit sekitar tahun 1946, yang menjadi asbab penahanan beliau kali kedua dan pengharaman gerakan kiri seperti PKMM dan API. Memoir ini menyusun kembali biografi beliau mengikut…

    ·