Year: 2014
-
Alif Lam Lam Ha Mencetak Keresahan Anak Muda
Pagi Ahad itu Dr. Azhar Ibrahim membuka panggung Simposium Anak Muda UTAM dengan persoalan-persoalan. Menurut beliau ada beberapa hal yang perlu diwacanakan anak muda, bahkan sesetengahnya amat kurang diberi perhatian. Mengutip daripada kertas kerja Ke Arah Cita Pemuda Yang Menjadi, persoalan tersebut merangkumi: Pendidikan lambak dan manusia lambak Kecenderungan beragama yang bermajlisan Budaya pengawetan dan romantisan Ekonomi pasaran neoliberal Demokrasi yang diperaga dan diperbadankan Usai ucaptama beliau, simposium itu seolah-olah dikuasai tema Islam dan Islamis dari pagi sampai ke petang. Zikri Rahman dari Buku Jalanan cuba melontarkan persoalan-persoalan di luar lingkungan tersebut namun tidak mencetuskan ghairah pada ahli panel lain…
·
-
Bahlut dan Boikot
Apabila membaca novel kepunyaan rakan saya ini, saya terkenang zaman mengenali Faisal Tehrani di sekolah dahulu. Ya, saling meminjam koleksi buku-buku beliau menerusi seorang rakan. Kalau ada karya beliau yang menghubungkan sarwa pandangnya yang terkini dengan tulisan-tulisan masa lalu, saya kira novel Bahlut ini ialah jambatannya. Apa yang menarik, dan masih lagi menarik pembaca kepada Faisal Tehrani? Pada saya, mungkin pada gaya kepengarangannya. Susunan kata-katanya bukan semata-mata untuk menghibur, tetapi untuk mendidik pembaca dengan pelbagai isu dan mengambil pendirian. Oleh itu, tulisannya sering menyinggung daerah kontroversi. Liberalisme, feminisme dan Syiah, hak asasi manusia, Bahlut juga tidak ketinggalan dengan isu alam…
·