Category: Resensi
-
Menjadi Seorang Lagi Melayu di Kota Inggeris
Sekarang menjadi Melayu di kota Inggeris bukanlah sesuatu yang aneh. Sudah disurahkan sejarah, ‘anak-anak terpilih’ akan dihantar ke bumi Inggeris untuk belajar dari bumi penjajah ini. Cuma dahulu anak-anak ini dari golongan bangsawan, kini yang ditaja kerajaan mahupun tabungan sendiri. Tetapi mengapa Melayu, bukan sebagai Muslim atau orang Malaysia? Persoalan itu sudah tentu lebih diketahui oleh Dr. Muhaimin Sulam, mengapa beliau memakai tajuk Aku Melayu di Kota Inggeris sebagai tajuk blog, seterusnya travelog ini. Mungkin padang ragut yang luas terbentang di Wales mengingatkan beliau (dan saya juga!) akan bendang di kampung halaman.
·
-
Catatan Mengenai Budaya Ilmu dan 1Malaysia
Hampir sahaja saya terlupa mengenai buku “Knowledge Culture And The Concept Of 1Malaysia” sebagaimana politikus kita melupakan slogan-slogan yang mereka telah cipta. Tulisan Prof. Wan ini saya dapat secara percuma dengan pembelian memoir beliau “Rihlah Ilmiah”. Walaupun telah 2 kali khatam memoir, tetapi cuti musim panas lepas baru saya sempat menekuni tulisannya yang satu lagi. Pada pengamatan saya, beliau menulis dengan fokus kepada mauduk utama iaitu budaya ilmu. Boleh dikatakan tahun 2013 ialah tahun saya menekuni banyak karya-karya Prof. Al-Attas dan anak-anak muridnya. Pengarang cuba menghuraikan perkaitan antara budaya ilmu dengan konsep 1Malaysia, meminjam analogi sepohon yang subur yang dinukilkan Imam…
·