Category: Resensi
-
Buku dan Debu Kehidupan Kota Kaherah
Salah satu ‘fenomena’ sewaktu zaman persekolahan saya adalah fenomena novel/filem Ayat-Ayat Cinta, seterusnya Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El Shirazy atau Kang Abik. Hangat dibahaskan dalam kalangan penggiat sastera sebagai fenomena novel cinta Islamik. Dari sudut pandang lain, fenomena yang ‘dicipta’ daripada karya-karya Kang Abik ini sebenarnya memaparkan sisi kehidupan siswa siswi al-Azhar di Mesir. Ada watak pelajar yang mempunyai segala kecukupan untuk menyempurnakan pengajian hingga ke peringkat sarjana, ada watak yang perlu mendahului keperluan keluarga hingga terpaksa memanjangkan tempoh pengajian sambil bekerja keras sehari-hari. Begitu juga memoir Aku, Buku & Kota Kaherah karya Ustaz Shahriman Jamalullayl yang menyingkap sedikit…
·
-
Beberapa Ingatan daripada Penat
Menjadi dewasa ada kalanya menjadikan kita terlupa cara untuk bahagia (Penat, muka surat 24) Sejak 2020 hingga kini, dunia masih lagi sedang menyembuh daripada pandemik COVID-19. Banyak cabaran yang kita tempuhi dalam tempoh itu, hinggakan kita berasa tiga tahun tersebut umpama episod kehidupan yang ‘hilang’ daripada kita. Tidak lupa juga kepada saudara-mara dan sahabat handai yang telah mendahului kita ke alam baqa’, al-Fatihah. Dalam tempoh yang sama juga, saya tidak terlepas daripada mengalami roller coaster tersendiri. Cukuplah untuk saya coretkan di sini bahawa dari hari ke hari, saya semakin sukar fokus untuk membaca apatah lagi menyudahkan draf-draf pos untuk blog…
·