Category: Resensi
-
Surah Yusuf Mengajar Kita Menulis Novel?
Orang tua berpesan agar ibu mengandung rajin mengamalkan surah Yusuf agar anak lelakinya kelak kacak persis Nabi Yusuf. Sebaliknya Puan Ainon Mohd telah melatih ratusan penulis khususnya di bawah PTS agar mengamalkan Teknik Surah Yusuf agar novel mereka menjadi indah dan laku di pasaran. Teknik Surah Yusuf yang beliau gagaskan merupakan satu pendekatan yang praktikal terhadap teori sastera hasanah pegangan beliau. Dua prinsip penting dalam teknik ini yang berhubung langsung dengan teori sastera hasanah ialah aspek halal dan haram dalam sesebuah karya dan aspek keindahan sebuah karya, berpandukan ciri-ciri yang terkandung dalam surah Yusuf. Antara perkara yang mempengaruhi halal dan haram sesebuah karya ialah gambaran mengenai bentuk tubuh atau…
·
-
Cerita-Cerita Tiga Kali Seminggu
Apa yang anda lakukan sebanyak 3 kali setiap minggu? Bersukan atau…Faisal Tehrani sekali lagi mengusik pembacanya dengan kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu. 15 Cerita Mencabar Minda Meletakkan 14 cerpen beliau yang mutakhir di samping satu novelet, Kegawatan, kita disajikan kerencaman nada penulisan beliau. Hal ini turut disentuh dalam kata pengantar yang beliau karang, ada yang disajikan dengan ‘inti lebih’ ada juga yang lebih ‘tepung salut yang nipis’. Menurut beliau yang [ketika karya tersebut ditulis] memegang mazhab Gagasan Persuratan Baru(GPB), beliau ingin menunjukkan secara praktis bahawa karya berlandaskan GPB tidak membosankan dan meminggirkan langsung aspek cerita, cuma lebih mengutamakan ‘ilmu’ untuk dikongsi bersama pembaca. Secara…
·