Tag: Ahmad Ammar

  • Cerita Cinta Ahmad Ammar, Yang Baik-Baik Antara Kita

    Cukuplah kematian sebagai sebaik-baik peringatan. Pada saya, setiap kematian itu ada peringatan dan pengajaran yang boleh diambil. Allah memilih hamba-hamba-Nya tertentu yang menyentuh qalbu kita, antaranya ialah saudara Ahmad Ammar. Dalam komuniti pelajar di United Kingdom pula, masih ada yang mengingati allahyarham Dr. Mas Afzal. Cukuplah kita mengambil semangat daripada insan-insan ini untuk terus beramal, seperti Allah nukilkan dalam penghujung surah Al-Kahfi: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya…

    ·