Tag: budaya ilmu

  • Catatan Mengenai Budaya Ilmu dan 1Malaysia

    Hampir sahaja saya terlupa mengenai buku “Knowledge Culture And The Concept Of 1Malaysia” sebagaimana politikus kita melupakan slogan-slogan yang mereka telah cipta. Tulisan Prof. Wan ini saya dapat secara percuma dengan pembelian memoir beliau “Rihlah Ilmiah”. Walaupun telah 2 kali khatam memoir, tetapi cuti musim panas lepas baru saya sempat menekuni tulisannya yang satu lagi. Pada pengamatan saya, beliau menulis dengan fokus kepada mauduk utama iaitu budaya ilmu. Boleh dikatakan tahun 2013 ialah tahun saya menekuni banyak karya-karya Prof. Al-Attas dan anak-anak muridnya. Pengarang cuba menghuraikan perkaitan antara budaya ilmu dengan konsep 1Malaysia, meminjam analogi sepohon yang subur yang dinukilkan Imam…

    ·


  • Merumus Faham Ilmu (Epistemologi) Manhaj Malizi

    Wacana mengenai faham ilmu ini bukanlah terlalu asing buat Malaysia, kerana salah seorang tokoh yang terlibat dalam wacana ini ialah Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Turut membantunya ialah anak-anak murid seperti Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang terkehadapan sewaktu era 70-an. Hasil perjuangan tokoh-tokoh inilah yang membuahkan sebuah universiti Islam di Gombak. Buku Faham Ilmu: Pertumbuhan dan Implikasi adalah salah satu cadangan Fathi Aris Omar, sudah berumur hampir dua dekad rupanya. Ia merupakan koleksi rencana yang ditulis pelbagai sarjana tempatan seperti Prof. Wan Mohd Nor dan Dr. Siddiq Fadzil. Berikut saya turunkan…

    ·