Tag: Memoir Politik Asri Muda
-
Seminar Tan Sri Asri Muda: Menjernihkan Pelbagai Sisi
Membicarakan seseorang tokoh adalah sesuatu yang sukar, terutamanya tokoh berkenaan masih lagi hidup. Rupanya membicarakan allahyarham Tan Sri Asri Muda juga ada kesukaran tersendiri, untuk mengesahkan atau menidakkan persepsi pelbagai pihak terhadap allahyarham. Sabtu lalu (31/1/2015) Akademi Politik Budiman menganjurkan seminar bukan sekadar untuk mengenangnya, tetapi untuk mendalami strategi-strategi politik, penulisan mahupun peribadi beliau. Tiga pembentang pada seminar berkenaan ialah Dr. Kamarul Zaman Yusoff, Puan Ratna Inzah Mohd Asri (salah seorang anaknya) dan Dr. Mustafa Ahmad. Sekurang-kurangnya kita mendapat manfaat daripada kaca mata akademik, anak negeri (Dr. Kamarul dan Dr. Mustafa asal Kelantan) dan keluarganya sendiri. Penulis, sebelum ahli politik Walaupun tidak…