Tag: Pendeta Za'ba
-
Jejak-Jejak di Pantai Zaman: Visi Kemasyarakatan Pendeta Za’ba
Fenomena kemiskinan khususnya dalam kalangan orang Melayu sering diperkatakan ramai orang, namun sedikit yang cuba meneliti isu ini dengan lebih mendalam dan menawarkan penyelesaian yang tuntas. Betapa seriusnya isu kemiskinan ini sehingga agenda membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum menjadi salah satu strategi utama dalam Dasar Ekonomi Baru yang menjadi dasar kerajaan sejak tahun 1970. Kepentingan membicarakan perihal kemiskinan orang Melayu ini telah disedari oleh seorang guru dalam lingkungan akhir 20-an. Guru tersebut mula menghantar rencana ke akhbar The Malay Mail bertajuk The Poverty of the Malays yang disiarkan pada Disember 1923, diikuti dengan siri respon, balasan dan akhirnya rencana kesimpulan,…
·
-
Membaca Dunia Pendeta Za’ba
Versi asal rencana ini telah disiarkan dalam laman sesawang Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) Tidak sahaja ibunya, bapanya pun hairan melihat kelakuan anaknya yang ganjil itu. Pada suatu hari dengan diam-diam ia mengintip kelakuan anaknya. Alangkah kagumnya demi ia melihat pada tiap-tiap pelepah itu penuh dengan ayat-ayat Qur’an bekas tangan anaknya. Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba bukan sahaja ahli bahasa dan persuratan Melayu, bahkan mencatat buah fikirnya dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, agama serta kemajuan sosioekonomi bangsa khususnya kaum Melayu pada ketika itu. Minatnya kepada bidang persuratan berputik sejak kecil lagi, ditambah…
·