Category: Politik Islam

  • Merumus Negara Nan Mustahil

    Versi awal resensi ini ditulis dalam platform Goodreads, dan berhasil sebagai ulasan kedua terbaik dalam Sayembara Ulasan Goodreads Malaysia Tahun 2014 “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”, kalam Badiuzzaman Said Nursi pasti membingungkan kita. Apakah beliau sudah muak dan letih dengan suasana politik zaman akhir Uthmaniyah? Tersirat ialah satu bayangan mengenai perubahan drastik kerangka kerajaan dan pentadbiran Islam, kepada faham negara bangsa, produk budaya dan sejarah tamadun Barat. Ini yang cuba diusulkan oleh Prof. Wael bin Hallaq dalam Impossible State, menganalisis ke jantung hati projek moderniti ini di samping perbandingan dengan Islamic governance – sengaja tidak memilih perkataan…

    ·

    ,

  • Mengapa Ali Shariati?

    Menyebut hal aktivisme, kita tidak akan lari dari memperkatakan sosok Dr. Ali Shariati. Lebih tepat, ramai yang merujuk kajiannya mengenai peranan intelektual dalam masyarakat seperti mana kajian oleh Edward Said dan allahyarham Dr. Syed Hussein Alatas. Ada juga tokoh-tokoh Barat yang turut membahaskan mauduk yang sama seperti Antonio Gramsci yang terkenal dengan nota-nota dari penjaranya. Kajian ini penting dalam konteks masyarakat yang pernah dijajah, kerana banyak perkembangan dunia akademik masa kini terikut-ikut dengan standard Barat. Apa pula yang istimewa mengenai idea-idea Ali Shariati? Sekali imbas, idea yang beliau bawa banyak dipengaruhi oleh latihan pendidikannya dalam bidang sosiologi dan juga keluarganya.…

    ·

    ,