Category: Resensi
-
Cerita Cinta Ahmad Ammar, Yang Baik-Baik Antara Kita
Cukuplah kematian sebagai sebaik-baik peringatan. Pada saya, setiap kematian itu ada peringatan dan pengajaran yang boleh diambil. Allah memilih hamba-hamba-Nya tertentu yang menyentuh qalbu kita, antaranya ialah saudara Ahmad Ammar. Dalam komuniti pelajar di United Kingdom pula, masih ada yang mengingati allahyarham Dr. Mas Afzal. Cukuplah kita mengambil semangat daripada insan-insan ini untuk terus beramal, seperti Allah nukilkan dalam penghujung surah Al-Kahfi: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya…
·
-
Mengapa Ali Shariati?
Menyebut hal aktivisme, kita tidak akan lari dari memperkatakan sosok Dr. Ali Shariati. Lebih tepat, ramai yang merujuk kajiannya mengenai peranan intelektual dalam masyarakat seperti mana kajian oleh Edward Said dan allahyarham Dr. Syed Hussein Alatas. Ada juga tokoh-tokoh Barat yang turut membahaskan mauduk yang sama seperti Antonio Gramsci yang terkenal dengan nota-nota dari penjaranya. Kajian ini penting dalam konteks masyarakat yang pernah dijajah, kerana banyak perkembangan dunia akademik masa kini terikut-ikut dengan standard Barat. Apa pula yang istimewa mengenai idea-idea Ali Shariati? Sekali imbas, idea yang beliau bawa banyak dipengaruhi oleh latihan pendidikannya dalam bidang sosiologi dan juga keluarganya.…