Category: Resensi

  • Mencari Jalan Pulang Kassim Ahmad

    Dr. Kassim Ahmad adalah manusia zamannya yang membesar di celah batas bendang di Kedah pada zaman penjajahan British dan Jepun. Berkat ketegasan guru besar sekolah rendahnya, juga keazaman bapa beliau sendiri akhirnya beliau berpeluang memasuki sekolah elit di Alor Setar, Kolej Sultan Abdul Hamid seterusnya menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) di Singapura. Memoir Mencari Jalan Pulang daripada Sosialisme kepada Islam mencatatkan sisi-sisi peribadi beliau. Bermula daripada Buku Sewaktu di Kolej Sultan Abdul Hamid, beliau bukan sahaja menjadi antara pelajar cemerlang di sekolah malahan aktif dalam pelbagai kegiatan pelajar, terutamanya membabitkan bidang buku dan persuratan. Peluang menjadi pustakawan sekolah digunakan…

    ·


  • John Adair Menyingkap Kepimpinan Rasulullah

    Tidak sedikit yang menulis dan meneliti pelbagai aspek kehidupan baginda Rasulullah, Muhammad S.A.W. Antara karya yang dikenali mengungkap tentang keperibadian baginda adalah karya Michael H. Hart yang meletakkan Rasulullah S.A.W sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah kemanusiaan. John Adair mungkin agak jarang dikenali berbanding sifu dan guru kepimpinan (leadership) barat yang lain. Beliau memperkenalkan model kepimpinan yang mudah namun amat berkesan, iaitu Action-Centered Leadership. Secara ringkasnya, model ini menekankan fungsi pemimpin untuk memastikan (1) sesebuah kumpulan itu berupaya menyelesaikan tugasan; (2) mengekalkan semangat kekitaan dalam sebuah kumpulan; dan (3) menguruskan keperluan individu dalam kumpulan tersebut seperti rumusan gambar rajah…

    ·