Category: Resensi

  • Dalam Terang, Sebuah Puisi

    Seingat saya, saya tertarik dengan satu video yang menampilkan puisi Pelbagai Cahaya dalam kumpulan puisi ini. Menurut Prof. Wan Mohd Nor dalam prakatanya, Dalam Terang yang ditukangnya sebagai sebuah puisi panjang, dijuzukkan kepada beberapa bahagian, boleh juga dikatakan anekdot dalam puisi panjang ini. Adakalanya saya membaca karya sastera dengan tujuan lari dari hiruk-pikuk semasa. Tetapi kumpulan puisi Dalam Terang mengajak pembacanya memikirkan serius dilema dan polemik yang dihadapi sebagai seorang insan pada masa kini. Daripada suami dan isteri, hinggalah ilmuan dan menteri disinggung dengan misalan tersendiri. Kebanyakannya hadir dalam bentuk perlambangan dengan haiwan tertentu, atau keadaan tertentu. Perlambangan yang konsisten…

    ·


  • Cinta Hari-Hari Rusuhan

    Saya agak lama tidak menitip di sini. Keutamaan sudah bertukar. Tetapi mengingati betapa rusuhnya pimpinan hari ini, mungkin sudah sampai seru saya membaca novel Cinta Hari-Hari Rusuhan yang pernah menginspirasikan tajuk cerpen saya. Ah, kalam itu yang masih saya simpan, dibiarkan kering sendiri. Saya memang ingin ‘lari’ seperti Basri, sekejap cuma dan bukan sejauh ke kota London. Tentang cinta yang tak kesampaian, diragut ‘ahli politik’. Faisal Tehrani mengajar kita politik itu bisa tumbuh dalam semua keadaan dan insan. Tetapi akhirnya yang dipaparkan ialah soal mahu hidup hingga idealisme yang dipegang dibiar mati. Idealisme boleh jadi belum mati dalam diri seseorang,…

    ·