Category: Resensi

  • Pengakuan Perempuan Nan Bercinta

    Perempuan Nan Bercinta adalah pengakuan Faisal Tehrani, bukan label provokatif yang over-rated baginya. Karya inilah yang mencerminkan sarwa pandangnya terkini. Pembaca yang baik tidak terburu-buru untuk menyimpulkan karya ini sebagai sekuel kepada Tuhan Manusia berdasarkan nama watak seperti Dr. Ali Taqi dan keluarganya, Khadijah si isteri, Hussein, Zainab, dan Siti Fatimah anak-anaknya.  Seperti Tuhan Manusia, Ali Taqi meneruskan jihad terhadap jalur-jalur pemikiran barat. Liberalisme sebagai tunjang, dan kini feminisme menjadi sasaran. Kebijaksanaan Faisal Tehrani terserlah apabila kelangsungan persoalan dari Tuhan Manusia dijawab dalam novel ini yang menjadi titik utama menjadikan Perempuan Nan Bercinta sebagai sekuel kepada Tuhan Manusia. Selepas Zehra…

    ·


  • Andai Van Der Wijck Tidak Tenggelam

    Pada usia 31 tahun, buya HAMKA telah menghasilkan karya yang mencarik adat. Masakan tidak, beliau seorang alim dalam bidang agama menulis novel cinta atau roman. Secara zahir, tema cinta ialah satu klise dalam karya sastera melainkan penulisnya secara bijaksana mengangkat persoalan lain seperti Shakespeare dan Sasterawan Negara Usman Awang. Mereka mengangkat persoalan perbezaan darjat yang menyekat hubungan cinta antara dua insan. Itulah yang menyebabkan Romeo and Juliet, serta Uda dan Dara terus dikenali sehingga hari ini. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck juga mengikut jalan cerita yang hampir serupa dengan Uda dan Dara, iaitu cinta yang tidak kesampaian dek perbezaan darjat. Cuma inti kritikan sosial karya ini lebih…

    ·