Category: Resensi

  • HAMKA dan Peribadi Merdeka

    Ketika ramai orang memperkatakan novelnya, saya mengenali buya HAMKA lewat karya non-fiksyen, iaitu buku Tasawuf Moden. Tidak pula dapat saya kenal pasti buku manakah yang beliau tulis atau terbitkan terlebih dahulu, cuma terdapat catatan dalam bahagian Pendahuluan yang mencatatkan tarikh Januari 1950, beberapa tahun selepas Republik Indonesia diisytiharkan merdeka. Secara umumnya, gaya penulisan buku ini hampir kepada gaya penulisan buku-buku genre self-help yang popular pada masa kini. Buku ini dimulakan dengan pendefinisian peribadi, faktor-faktor yang memunculkan sesebuah peribadi, faktor penguat dan pelemah serta kesempurnaan sesebuah peribadi. Tidak menghairankan sekiranya buya HAMKA banyak memetik pandangan tokoh-tokoh barat, seperti Socrates, Schopenhauer dan Tolstoy.…

    ·


  • Ulasan Tertangguh Sajak-Sajak Terlarang

    Eka Kurniawan, ketika ditanya oleh penyair sedang naik di seberang, Aan Mansyur, mengenai catatan jurnalnya sederhana menjawab: aku lebih ingin membesarkan diriku sebagai pembaca daripada penulis. Menjadi pembaca bagi mas Eka ialah satu eskapisme dan perkenalan. Mengenali dunia yang baharu kita masuki, kemudian masuk ke dunia asing yang lagi satu. Menjadi pembaca itu sendiri pun belum tentu menjadi satu hal yang menghiburkan, bergantung pada bahan yang kita baca dan apa yang dihasratkan oleh kita. Saya sendiri bukanlah pembaca sajak yang baik, jauh sekali untuk menukang satu sajak yang memuaskan. Malahan sering saja saya kecewa pada bacaan kali pertama.

    ·